Skip to main content

Hiburan

“Melihat Bella & Anak-Anak Jadi Sebahagian Keluarga Kami Merupakan Rahmat Besar” - Kakak Ipar Syed Saddiq

Kakak ipar Syed Saddiq

Sekilas

  • Aishah Kamal, kakak ipar Syed Saddiq, berkongsi rasa gembira dan doa buat pasangan Syed Saddiq dan Bella Astillah di Threads.
  • Beliau menganggap kehadiran Bella dan dua anaknya dalam keluarga mereka sebagai satu rahmat besar dan mendoakan kebahagiaan serta keberkatan untuk mereka.
  • Syed Saddiq dan Bella Astillah telah sah bergelar suami isteri dalam majlis tertutup di Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Advertisement

Kakak ipar kepada Syed Saddiq yang dikenali sebagai Aishah Kamal tumpah gembira melihat Ahli Parlimen Muar itu bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Aishah yang juga biras kepada Bella turut menitipkan doa buat pasangan itu. 

 

“Hati saya benar-benar gembira untuk mereka berdua. 🤍 Kadangkala, tiada banyak yang mampu saya ucapkan selain menitipkan doa buat mereka, memohon agar Allah sentiasa membimbing serta memelihara kasih sayang mereka, dan mengizinkan mereka meniti usia bersama sehingga ke Jannah, insya-Allah,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Aishah juga menyifatkan kehadiran Bella bersama dua orang anaknya iaitu Ayden dan Ara dalam keluarganya merupakan satu rahmat besar. 

Advertisement

 

“Melihat Bella dan anak-anaknya yang manis menjadi sebahagian daripada keluarga kami merupakan satu rahmat yang besar. 

 

“Semoga Allah menjadikan lembaran baharu ini satu perjalanan yang indah, penuh ketenangan serta keberkatan buat mereka sekeluarga. Mereka sememangnya layak untuk mengecapi segala kebahagiaan di dunia ini. 🥹❤️,” katanya. 

 

Untuk info, Bella dah Syed Saddiq selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Must Watch Video

Advertisement