Skip to main content

Selebriti

Melveena Melvin Tampil Mohon Maaf - “Kami Semua Sudah Muhasabah Diri, Tak Perlu Pun Buat Live & Buka Aib…”

Melveena Melvin Tampil Mohon Maaf - “Kami Semua Sudah Muhasabah Diri, Tak Perlu Pun Buat Live & Buka Aib…”

Sekilas

  • Melveena Melvin, adik kepada pempengaruh Syida Melvin, memohon maaf secara terbuka di media sosial atas isu keluarga yang berlaku.
  • Dia mengakui kesilapan dan menyatakan keluarga mereka sudah bermuhasabah diri tanpa perlu membuka aib melalui siaran langsung.
  • Kontroversi bermula selepas Syida dan keluarga membuat siaran langsung yang menunjukkan ketegangan dengan bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen.
Advertisement

Adik kepada pempengaruh, Syida Melvin iaitu Melveena Melvin tampil memohon maaf secara terbuka menerusi platform media sosial miliknya susulan isu yang berlaku dalam keluarganya.

Menerusi hantaran tersebut, Melveena mengakui kesilapan yang dilakukan dan memaklumkan bahawa mereka sekeluarga sudah mengambil masa untuk bermuhasabah diri.

Advertisement

“Assalamualaikum, saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya, kami semua sudah pun bermuhasabah diri, tak perlu pun buat live dan membuka aib,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Melveena berkata dia juga menerima segala kecaman yang diberikan oleh netizen kepada dirinya.

“Saya terima kecaman anda semua May Allah bless us All, Amiin Ya Rabb,” coretnya.


Advertisement

Terdahulu, kontroversi membabitkan keluarga Melvin tercetus selepas Syida bersama beberapa ahli keluarganya mengadakan siaran langsung di media sosial.

Siaran langsung itu memperlihatkan ketegangan yang berlaku dengan bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen.

Siaran langsung itu tular dan meraih sehingga 100,000 tontonan apabila Syida meminta Shafiq mengosongkan kediaman yang didakwa mahu didiaminya semula bersama tiga anak mereka.

Anda mungkin berminat dengan

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Must Watch Video

Advertisement