Skip to main content

Hiburan

“Memang Anak Yang Baik Sejak Dari Perut” – Fazura Titip Doa Buat Fatima Sempena Ulang Tahun Ke-6

“Memang Anak Yang Baik Sejak Dari Perut” – Fazura Titip Doa Buat Fatima Sempena Ulang Tahun Ke-6

Sekilas

  • Pelakon dan usahawan Fazura berkongsi ucapan penuh kasih sempena ulang tahun kelahiran keenam anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
  • Fazura memuji sifat penyayang, murah hati dan berhati kental Fatima yang sering berkongsi dengan orang lain serta mendoakan agar anaknya terus membesar dengan bahagia dan cekal.
  • Dia juga mengingatkan Fatima supaya sentiasa berusaha dalam pelajaran dan kehidupan, kekal rendah diri serta berbuat baik kepada orang sekeliling.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menitipkan ucapan penuh kasih buat anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya yang menyambut ulang tahun kelahiran keenam.

Menerusi Instagram, Fazura meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang anak yang disifatkannya penyayang, berhati kental dan mempunyai rasa empati tinggi terhadap orang sekeliling.

Advertisement

 

 “Nur Fatima Aisya, permata mommy, bayi mommy, teman hidup dan sahabat baik mommy. Sekarang Fatima sudah berusia enam tahun.

 

Advertisement

“Mommy sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana membawa kita sejauh ini, berganding tangan melalui segala-galanya,” tulisnya.

Menurut Fazura, antara sifat anaknya yang paling membanggakan adalah kemurahan hati sehingga sanggup berkongsi hampir segala yang dimiliki dengan orang lain.

“Kalau ada 10 di tangan, Fatima mungkin akan beri sembilan kepada orang lain.

“Sesuatu yang mommy banggakan dan kadang-kadang risau juga, tetapi sebagai ibu, mommy tahu betapa besarnya hati Fatima. Semoga Allah memberkati Fatima,” katanya.

Dalam masa sama, Fazura turut mendoakan agar anak kesayangannya terus membesar sebagai individu yang cekal, tenang dan bahagia dalam menjalani kehidupan.

Dia juga mengimbau kembali detik mengandungkan Fatima yang disifatkannya sebagai seorang bayi baik sejak dalam kandungan.

“Fatima memang bayi yang baik sejak dalam perut mommy. Tak pernah sekali pun mommy muntah ketika mengandungkan Fatima.

“Mommy akan sentiasa hargai tendangan kecil Fatima dulu sehingga gelak tawa yang sekarang jauh lebih banyak daripada air mata,” ujarnya.

Fazura turut menitipkan pesanan agar Fatima sentiasa berusaha dalam pelajaran dan kehidupan selain kekal merendah diri serta berbuat baik kepada orang lain.

“Semoga terus berjaya dunia dan akhirat, buat yang terbaik dalam pelajaran dan kehidupan. Ingat untuk sentiasa merendah diri dan baik hati.

“Mommy akan sentiasa berada di sisi Fatima dan meletakkan Fatima sebagai keutamaan melebihi segala-galanya,” katanya.

Mengakhiri ucapan, Fazura berterima kasih kepada Allah SWT kerana mengurniakannya seorang anak yang disifatkan bijak dan berhati mulia.

“Mommy tak mampu gambarkan betapa mommy sayangkan Fatima, tetapi mommy harap Fatima dapat merasainya setiap hari sepanjang hidup.

“Selamat ulang tahun keenam, Nur Fatima Aisya. Dengan kasih sayang yang sangat banyak, Mommy,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement