Skip to main content

Viral

“Memang Dari Dulu Aku Dah Suruh Hantar Sekolah Kebangsaan Tapi…” - Cik Epal

Cik Epal

Sekilas

  • Cik Epal memuat naik hantaran di Threads yang didakwa ditujukan kepada bekas suaminya, Jofliam, mengenai cadangan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan.
  • Beliau menegaskan bahawa ibu bapa tidak perlu rasa rendah diri jika memilih sekolah kebangsaan dan penting untuk mendidik anak dengan baik tanpa mengira jenis sekolah.
  • Cik Epal juga menyatakan bahawa kemampuan kewangan harus diambil kira dan tidak perlu berpura-pura kaya dengan memilih sekolah antarabangsa jika tidak mampu.
Advertisement

Hantaran pempengaruh dan usahawan, Cik Epal di platform Threads mencuri perhatian wargamaya apabila didakwa ditujukan kepada bekas suaminya, Jofliam.

 

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Cik Epal mendakwa dia sudah lama mencadangkan agar anak-anak mereka dihantar ke sekolah kebangsaan, terutama selepas mengambil kira keadaan kewangan bekas suaminya itu.

 

“Memang dari dulu pun aku dah suruh hantar sekolah kebangsaan, tapi ego nau. Aku ni tahu la berapa hengget saja duit yang dia ada dulu.

Advertisement

 

“Sebab tu dari awal aku dah suruh tukar sekolah. Nak sekolah international, tapi poket tak million international susah juga tu,” kata Cik Epal. 

 

Dalam hantaran sama, Cik Epal turut berpendapat ibu bapa tidak seharusnya berasa rendah diri dengan pilihan menghantar anak ke sekolah kebangsaan.

 

Malah, katanya, perkara paling penting adalah cara ibu bapa mendidik anak, bukannya jenis sekolah yang menjadi pilihan.

 

“Kita ni kalau tak kaya, tak payah la acah-acah kaya. Ukur saja baju di badan sendiri. Tak adanya pun budak sekolah kebangsaan tu tak beradab. 

 

“Ramai saja yang sekolah kebangsaan, elok saja jadi orang. Yang penting cara kita didik anak tu,” ujar Cik Epal lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement