Video ‘First Look’ terbitan Astro Shaw dengan sentuhan kreatif tiga anak muda, Sofyank, Mshaffuan dan Nicholas Chin benar-benar menarik minat netizen untuk menonton video yang berduarsi 3 minit itu.
Selaku pengarah, Sofyank menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada Astro Shaw atas kepercayaan yang diberikan kepadanya serta rakan kolaborasi untuk terlibat dalam produksi berskala besar buat pertama kali.
“Ini adalah kali pertama saya terlibat dalam produksi berskala besar bersama Mshaffuan dan Nicholas Chin. Dari sini kami dapat merasai pengalaman serta belajar dalam suasana penggambaran yang lebih profesional dan serius.
“Terima kasih kepada Astro Shaw kerana memberikan kami peluang dan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Alhamdulillah, banyak perkara yang saya pelajari sepanjang penghasilan teaser ini,” kongsinya.
Tambah Sofyank lagi, teaser berkenaan diharap mampu menjadi jambatan buat mereka melangkah lebih jauh ke dunia perfileman tempatan serta membuka ruang untuk menimba pengalaman bersama penggiat industri yang lebih berpengalaman.
“Harapan saya agar teaser ini dapat memberi pengenalan tentang Astro Shaw Cinematic Universe kepada peminat filem tempatan. Semoga semua terhibur dan menyukai karya ini,” tambahnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap kualiti visual dan penceritaan yang dipersembahkan, malah ada yang menyifatkan ia sebagai satu penanda aras baharu untuk industri perfileman Malaysia.
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk:
“Another level bila di tangan dua pemuda yang berbakat besar.”
“Literally gave me goosebumps. Didn’t expect Malaysian film to level up like this!”
“Bangga dengan anak Malaysia! Harap dapat lihat lebih banyak karya hebat selepas ini.”
“Tergamam dari awal sampai akhir, memang padu!”
“I was toooo stunned. tengok sampai habis dengan mata terbeliak. Gila powerrrr!!! Bila tengok credit, directed by @mshaffuan @sofyank96 . no wonderrr
“Another level bila ditangan 2 pemuda yang berbakat besar
“Pehhh mantap do, rasanya mcm malaysia dah patut kluarkan movie berkualiti mcm ni kot,” komen netizen.
Lebih menarik, video ‘first look’ ASCU ini menggabungkan tiga francais filem popular tempatan dengan karakter ikonik iaitu Keluang Man, Kahar: High Council dan Polis Evo.
Turut menjayakan ‘first look’ tersebut ialah barisan pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Amir Ahnaf, yang masing-masing membawa watak ikonik daripada filem-filem terbabit.