Sekilas
- Datuk Nora Ariffin sudah bersedia untuk mengadakan konsert solo kedua selepas pengalaman pertama dua tahun lalu yang penuh cabaran dan pengorbanan.
- Konsert solo pertama beliau mendapat sokongan dana daripada MCV dan memberi banyak pengajaran serta pengalaman berharga.
- Konsert terbaru bertajuk 'Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey)' akan berlangsung pada 18 Disember 2024 di PJPAC, menampilkan lagu-lagu popular sepanjang 30 tahun kerjaya muziknya.
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengakui sudah bersedia untuk kembali menganjurkan konsert solo selepas mengadakannya kira-kira dua tahun lalu.
Menurut Nora, mengadakan konsert sendiri sememangnya menjadi impian setiap anak seni, namun pengalaman menguruskan konsert secara persendirian bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan banyak pengorbanan.
“Sebagai seorang artis, semestinya kita mengimpikan untuk mempunyai konsert sendiri.
“Konsert terakhir saya dua tahun lalu. Alhamdulillah, dapat peluang dan bantuan dana daripada MCV.
“Ia juga merupakan pengalaman pertama saya menguruskan konsert sendiri. Memang mencabar, tetapi banyak yang saya pelajari sepanjang perjalanan itu,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu turut percaya bahawa setiap pengalaman yang dilalui mampu menjadikan seseorang lebih kuat dan matang dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
“Setiap pengalaman menjadikan kita lebih kuat dan bijaksana dan sekarang… saya sudah bersedia untuk satu lagi,” katanya.
Datuk Nora Ariffin mengadakan konsert solo pertamanya, Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey) pada 18 Disember 2024 di Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama, Petaling Jaya.
Konsert selama kira-kira dua jam itu meraikan perjalanan 30 tahun beliau dalam industri muzik dan menampilkan lagu-lagu popularnya, termasuk Di Persimpangan Dilema, Sandiwara, Jentayu dan Samudera.