Sekilas
- Kharul Aming atau KA mengambil keputusan keluar dari zon selesa untuk capai sasaran lebih besar sepanjang 2025 walaupun berasa penat.
- KA berjaya raih pencapaian hebat termasuk Anugerah Tokoh Maulidur Rasul dan content Ramadan dengan lebih separuh billion views.
- Antara kejayaan lain KA ialah jualan RM1 juta dalam 19 saat, tambah 2 juta followers, bawa percutian staff terbesar dan bina restoran di tengah KL dengan modal RM4 juta.
2025 merupakan tahun paling cemerlang buat usahawan dan pencipta kandungan, Kharul Aming atau mesra disapa sebagai KA.
Menerusi perkongsian di Threads, KA berkata dia mengambil keputusan untuk keluar dari zon selesa dan cuba mencapai sasaran yang lebih besar.
Mengakui berasa penat namun KA menganggap ia sebahagian proses untuk mencapai semua sasarannya sepanjang 2025.
“Tahun ni KA ambil keputusan untuk keluar dari comfort zone dan cuba capai goals yang lagi besar. Adakah penat? memang penat.
“Tapi itulah sebahagian proses untuk capai semua ni sepanjang 2025,” katanya.
Menerusi perkongsian itu, KA turut berkongsi pencapaiannya sepanjang 2025 dan antaranya dia menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul.
“Content ramadan paling tinggi views dalam lapan tahun, lebih separuh billion views. Followers bertambah dua juta, sekarang 15.3 juta.
“Jualan satu juta ringgit terpantas dalam 19 saat. Anugerah Tokoh Maulidur Rasul. Bawa percutian staff terbesar dalam lima tahun. Bina restoran di tengah KL dengan modal empat juta ringgit,” kongsinya.
Sumber - Threads