Skip to main content

Selebriti

Membesar Dengan Lagu KRU, Hariz Hamdan Akui Gugup Jumpa & Berlakon Dengan Yusry - “Dia Seorang Yang…”

Hariz Hamdan Yusry

Sekilas

  • Hariz Hamdan berkongsi pengalaman berharga sepanjang enam bulan penggambaran drama Dendam Seorang Mertua bersama pelakon senior seperti Datuk Yusry Abdul Halim dan Datuk Aaron Aziz.
  • Walaupun awalnya gementar, Hariz merasa serasi dan banyak belajar daripada sikap merendah diri serta tunjuk ajar kedua-dua pelakon popular itu.
  • Drama Dendam Seorang Mertua kini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima dan boleh distrim melalui Astro GO serta Sooka.
Advertisement

Pelakon, Hariz Hamdan berkongsi pengalaman sepanjang enam bulan penggambaran drama Dendam Seorang Mertua.

Menurut Hariz, dia menyifatkan peluang bergandingan dengan nama besar seperti Datuk Yusry Abdul Halim dan Datuk Aaron Aziz sebagai pengalaman yang sangat berharga.

Advertisement

"Saya pertama kali bertemu Yusry ketika drama ini. Sejujurnya saya agak gementar sebab saya tak pernah bekerja dengannya sebelum ini.

"Sejak kecil saya memang membesar dengan lagu-lagu KRU. Jadi bila dapat tahu akan berlakon dengannya, memang rasa gementar.

“Tetapi selepas bekerja bersama, kami boleh serasi. Walaupun seorang senior dan sangat popular, Yusry seorang yang sangat merendah diri dan banyak memberi tunjuk ajar. Sama juga dengan Aaron Aziz,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Hariz berkata dia sentiasa berusaha memberikan yang terbaik ketika berada di set penggambaran kerana menyedari jurang pengalaman yang besar antara dirinya dan pelakon-pelakon senior tersebut.

Bagaimanapun kata Hariz, peluang berkongsi skrin dengan figura berpengalaman seperti Yusry dan Aaron banyak membantu meningkatkan keyakinan serta kematangan lakonannya.

“Bila bergandingan dengan pelakon senior, saya rasa sangat kerdil kerana pengalaman dan kemahiran lakonan mereka jauh lebih luas, manakala saya masih baru dalam industri.

"Cuma saya sentiasa fikir bagaimana untuk tidak kelihatan kekok apabila berada dalam satu skrin bersama mereka. Alhamdulillah sepanjang penggambaran semuanya berjalan lancar," katanya.

Selain Hariz, Yusry dan Aaron, drama Dendam Seorang Mertua yang sedang hangat bersiaran di Astro Prima itu turut dibintangi oleh Tracie Sinidol, Chacha Maembong dan Intan Ladyana.

Dendam Seorang Mentua kini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima serta boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Must Watch Video

Advertisement