Skip to main content

Hiburan

“Meminta Maaf Tak Pernah Jadikan Kita Hina…” - Rahim Sepahtu

Rahim Sepahtu

Sekilas

  • Rahim Sepahtu menasihati agar jangan biarkan ego menghalang untuk memperbaiki hubungan.
  • Rahim menegaskan meminta maaf bukan menjatuhkan maruah, sebaliknya tanda keberanian dan penyesalan ikhlas terhadap kesilapan yang dilakukan.
  • Shuib telah memohon maaf secara terbuka kepada Jep, namun Jep mengambil tindakan undang-undang kerana isu fitnah yang timbul.
Advertisement

Susulan permohonan maaf yang dibuat oleh Shuib untuk Jep, penyampai radio dan pelawak Rahim Sepahtu tampil menitipkan pesanan. 

 

Advertisement

Menerusi komen yang ditinggalkan di video Shuib, Rahim berkata jangan biarkan ego menjadi penghalang untuk memperbaiki hubungan terutama selepas menyedari kesilapan yang dilakukan. 

 

Menurut Rahim, permohonan maaf mungkin tidak mampu mengubah apa yang telah berlaku, namun ia boleh menjadi tanda penyesalan yang ikhlas terhadap individu yang pernah disakiti.

Advertisement

 

“Jika kita sedar kita akan kehilangan seseorang kerana kesilapan kita sendiri… jangan biarkan ego menjadi perkara terakhir yang memisahkan kita.

 

“Kerana ada ‘maaf’ yang mungkin tidak mampu mengembalikan masa, tetapi mampu membuat hati seseorang tahu bahawa kita benar-benar menyesal,” katanya.

 

Dalam pada itu, Rahim menegaskan meminta maaf bukanlah sesuatu yang menjatuhkan maruah seseorang, sebaliknya mencerminkan keberanian untuk mengakui kesilapan dan menghargai hubungan yang pernah terjejas.

 

“Meminta maaf tidak pernah menjadikan kita hina. Kadang-kadang, sebuah ‘maaf’ adalah tanda hati kita masih punya rasa, jiwa kita masih punya kesedaran, dan kita masih menghargai seseorang yang pernah kita sakiti.

“Kerana manusia yang paling mulia bukan manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan tetapi manusia yang apabila tersedar telah tersilap, dia berani mengaku, berani meminta maaf dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi,” ujarnya lagi. 

 

Sebelum ini, Shuib tampil beri penjelasan dan mohon maaf secara terbuka kepada Jep Sepahtu selepas hampir seminggu berdiam diri berhubung kemelut antara mereka.

 

Shuib akui tempias isu itu bukan sahaja menjejaskan dirinya, malah turut melibatkan keluarga dan perniagaannya, serta telah menghubungi Jep untuk memohon maaf atas kekhilafan dalam podcast sebelum ini.

 

Bagaimanapun Jep kemudian mengeluarkan kenyataan mengatakan dia sudah mengambil tindakan undang-undang memandangkan ia melibatkan fitnah terhadap dirinya. 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement