Skip to main content

Hiburan

Menang Saman Fitnah RM180K, Christy Ng Niat Salur Wang Kepada Badan Kebajikan

Christy Ng

Sekilas

  • Usahawan dan personaliti media sosial Christy Ng menang saman fitnah dan bakal terima ganti rugi RM180,000 daripada Vikneshvra yang mengendalikan akaun Threads 'archnionverse'.
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan ganti rugi itu susulan dakwaan fitnah terhadap Christy dan syarikatnya yang menjejaskan reputasi mereka.
  • Christy bercadang salurkan wang ganti rugi tersebut kepada badan kebajikan dan pesan agar semua pihak lebih berhati-hati ketika beri kenyataan di media sosial.
Advertisement

Usahawan dan personaliti media sosial, Christy Ng bakal menerima ganti rugi berjumlah RM180,000 selepas memenangi saman fitnah yang difailkan terhadap pengendali akaun Threads dikenali sebagai ‘archnionverse’.

Menerusi perkongsian di Threads, Christy atau nama sebenarnya Christina Mei Mei Ng, memaklumkan ganti rugi itu akan diterimanya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan kemenangan berpihak kepadanya.

Advertisement

Dalam keputusan sama, individu dikenali sebagai Vikneshvra turut diperintahkan membayar ganti rugi tersebit susulan dakwaan berunsur fitnah yang dibuat terhadap Christy dan syarikatnya.

“Masih ingatkah kes tuduhan melulu oleh @archnionverse? Aka Vikneshvra Rau A/L Jananegah.

“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Vikneshvra mengganti rugi sebanyak RM180,000 kepada kami susulan hantaran berunsur fitnah yang dibuat olehnya.

“Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas yang jujur dan membina. Namun, kami akan mengambil tindakan terhadap dakwaan palsu yang memudaratkan reputasi kami,” kongsinyq.

Sementara itu, Christy Ng memaklumkan bahawa dia bercadang menyalurkan kesemua wang ganti rugi tersebut kepada badan kebajikan.

Dalam masa yang sama, usahawan berusia 37 tahun ini menitipkan pesanan kepada semua pihak agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan di media sosial.

“Dana ganti rugi akan disalurkan kepada badan kebajikan sekiranya berjaya dilunaskan olehnya, ini susulan pihak disana masih cuba menidakkan hukuman ini.

“Kepada Vikneshvra/Archnionverse, semoga lebih berhati hati apabila berkata. Kerana mulut kita boleh binasa,” kongsinya lagi.

Terdahulu, seorang individu yang didakwa menggunakan akaun palsu pernah menuduh Christy tidak menjaga kebajikan pekerja serta mendakwa imej yang dipaparkan kepada umum hanyalah lakonan semata-mata.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement