Skip to main content

Hiburan

Menangis Lepas Tengok Tarung: Unforgiven, Reaksi Penonton Wanita Jadi Perhatian

Astro Gempak 475

Sekilas

  • Seorang penonton wanita tular di TikTok selepas menangis menonton filem aksi tempatan Tarung: Unforgiven di pawagam.
  • Reaksi wanita itu mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman sama menonton filem tersebut.
  • Filem Tarung: Unforgiven yang menampilkan pelakon popular mula ditayangkan 7 Mei dan berjaya raih kutipan RM15.7 juta dalam 11 hari.
Advertisement

Reaksi seorang penonton wanita yang menangis selepas menonton filem Tarung: Unforgiven mencuri perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi satu perkongsian dalam TikTok, pengguna tersebut memuat naik video memaparkan dirinya sedang menangis sebaik selesai menonton filem aksi tempatan berkenaan di pawagam.

Advertisement

 

@najiahhassan

pape pun tarung memang best 😔☝🏻

♬ original sound - najiaa_

 “Pape pun Tarung memang best,” tulisnya ringkas pada kapsyen video tersebut.

 

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat reaksi spontan wanita terbabit selain mengakui mereka turut mengalami situasi sama selepas menonton filem tersebut.

“Tengok Bersamamu ke?” seloroh seorang pengguna.

“Kak saya nangis sampai tertanggal contact lens sebelah,” tulis seorang lagi netizen.

Seorang pengguna lain turut berkongsi pengalaman rakannya yang menangis ketika menonton filem berkenaan.

“Kak sumpah kawan aku pun sama macam kau tengok cerita ni. Yang tukang rakam definitely aku,” katanya.

Tarung: Unforgiven membariskan pelakon seperti Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Sky Iskandar dan Aeril Zafrel.

Filem tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 Mei lalu dan dilaporkan berjaya meraih kutipan RM15.7 juta selepas 11 hari tayangan.

Barisan pelakon filem itu juga bakal turun padang menerusi siri jelajah Zon Utara bermula 22 hingga 24 Mei ini.

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Must Watch Video

Advertisement