Sekilas
- Datuk Seri Siti Nurhaliza mengajak orang ramai untuk mengubah persepsi sambutan hari lahir dengan memberi penghargaan kepada ibu bapa sebagai keutamaan.
- Beliau menasihatkan supaya pada hari lahir, kita yang menghubungi ibu bapa untuk mengucapkan terima kasih atas pengorbanan mereka membesarkan kita.
- Perkongsian Siti Nurhaliza mendapat sokongan ramai netizen yang bersetuju hari lahir adalah peluang untuk mengenang jasa dan kasih sayang ibu bapa.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan pesanan buat seorang individu yang tersinggung kerana tidak mendapat ucapan hari jadi daripada insan terdekat.
Menerusi satu hantaran di Threads, Siti mengajak orang ramai mengubah persepsi terhadap sambutan ulang tahun kelahiran dengan meletakkan penghargaan kepada ibu bapa sebagai keutamaan.
“Akak nak kongsi satu. Selalunya kita memang harap orang beri ucapan hari lahir pada kita, terutama sekali ayah dan ibu tapi boleh tak kita tukar persepsi itu? Bila hari lahir, kita yang sepatutnya telefon ayah dan ibu untuk ucapkan terima kasih sebab dah lahirkan dan besarkan kita dengan baik.
“Sebab tanpa mereka, kita tak berada di dunia ini. Kita yang patut hadiahkan mereka. Semoga apa yang akak kongsi ini tak menyinggung perasaan ye. Selamat hari lahir dik,” tulisnya.
Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai apabila rata-rata netizen bersetuju bahawa hari lahir bukan sekadar meraikan pertambahan usia, sebaliknya menjadi peluang untuk mengenang segala pengorbanan ibu bapa yang membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
"Nasihat yang tak pernah difikirkan oleh sesetengah orang..terima kasih tokti di atas perkongsian ini.
"TokTi sy dh buat ni, baru ckp terima kasih mak lahirkan kak kat dunia ni, terus banjir 😭😭😭.
"Betul @ctdk saya pun setuju . Kalau mereka dah takde ziarah kubur mereka.
"Humble nasihat dari tokti.Dia gelarkan diri dia akak utk lembutkan hati yg sedang rajuk👍🏻 .
"Betul laa tu @ctdk bagitau.. ubah pandangan.. call ibu yang melahirkan awak on that day.. kesakitan dan pejuangan beliau melahirkan awak on that day yang awak perlu hargai.. walau berkali-kali cakap dah tak nak melahirkan baby tapi masih hadap jika ada rezeki.. your birthday adalah hari awak hargai pengorbanan mak awak ," komen netizen.