Ringkasan AI
- Keluarga mentua usahawan dan pempengaruh Prince Syed mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang.
- Mereka terdiri daripada Aminah Haniffa, Ishak Saif, Muhd Syahmi Faiz, dan Muhd Ikhwan Alif.
- Semua tertuduh membayar ikat jamin antara RM1,500 hingga RM2,000 seorang.
- Mereka enggan mengulas lanjut apabila ditemui media selepas prosiding mahkamah.
- Kes akan disambung semula pada 26 Januari depan.
Keluarga mentua kepada usahawan dan pempengaruh, Prince Syed membuat pengakuan tidak bersalah berhubung kes pertuduhan mereka di Mahkamah Majistret, Klang pada Jumaat.
Usai membuat bayaran ikat jamin, mentua serta dua ipar kepada Prince Syed iaitu Aminah Haniffa, Ishak Saif, Muhd Syahmi Faiz, 31, dan Muhd Ikhwan Alif dilihat enggan mengulas lanjut ketika disapa media sebelum berlalu pergi meninggalkan perkarangan mahkamah.
“Tak ada nak cakap apa-apa,” jawab ringkas bapa mentua Prince Syed.
Terdahulu, mentua dan dua ipar kepada Prince Syed mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang.
Mereka membuat pengakuan itu dihadapan Majistret, Siti Zubaidah Mamat.
Bagi kes melibatkan Aminah Haniffa, 55, Ishak Saif, 59, dan Muhd Ikhwan Alif, 22, mereka kemudiannya diarah untuk membayar ikat jamin sebanyak RM1,500 seorang manakala Muhd Syahmi Faiz diarah untuk membayar ikat jamin sebanyak RM2,000.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 26 Januari depan sebagai sebutan semula kes.