Sekilas
- Penyanyi Zubir Khan berkongsi video pra-perkahwinan bersama bakal isterinya, Heama Maleini, yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi.
- Dalam video TikTok tersebut, Zubir mengumumkan kegembiraannya dan meminta doa daripada peminat untuk majlis perkahwinan mereka.
- Reaksi wargamaya bercampur, ada yang teruja menantikan majlis, manakala sebahagian kurang senang dengan kemesraan mereka sebelum berkahwin.
Kini menghitung hari bahagia, penyanyi Zubir Khan berkongsi video pra perkahwinan atau ‘pre-wedding’ bersama bakal isterinya yang dikenali sebagai Heama Maleini.
Menerusi perkongsian di TikTok, Zubir mendedahkan dia dan bakal isterinya akan disatukan sebagai suami isteri hanya lagi beberapa hari saja.
“Akhirnya, rahsianya terbongkar. Pendedahan pra-perkahwinan kami telah tiba! Setelah sekian lama tidak berkongsi berita antara satu sama lain, kami sangat teruja untuk berkongsi bab indah ini dengan anda.
“Tinggal beberapa hari lagi sehingga kami bergelar suami isteri. Doakan kami berjaya!” katanya.
Rata-rata wargamaya meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan majlis perkahwinan Zubir dan pasangannya.
Bagaimanapun terdapat wargamaya berasa kurang senang melihat video tersebut disebabkan kemesraan Zubir dengan pasangannya sebelum berkahwin.
@zubirkhan_ Finally, the secret is out ✨Our pre-wedding reveal is here! After keeping each other off our feeds for so long, we’re so excited to share this beautiful chapter with you. Just a few more days until we become husband and wife. Wish us luck! 🤍 #ZuHeaForever #zubirkhan #foryoupage #fyp #zh ♬ Kanmai - Zubir Khan