Skip to main content

Hiburan

Meninggal Dunia Usai Laungkan Azan Maghrib, Pemergian Bilal Muda Dicemburui Ramai

Bilal Muda

Sekilas

  • Ahmad Haziq Jailani, seorang bilal, meninggal dunia sejurus selepas melaungkan azan maghrib pada hari Ahad.
  • Sahabat arwah, MN Afzan AbWahab, berkongsi bahawa Ahmad Haziq sentiasa mengingatkan orang lain kepada Allah dan meninggal dalam keadaan melaksanakan ibadah mulia.
  • Hantaran mengenai pemergian Ahmad Haziq tular di Facebook dan mendapat banyak doa serta respon positif daripada netizen.

Pemergian seorang bilal yang dikenali sebagai Ahmad Haziq Jailani mengundang rasa sebak apabila dilaporkan menghembuskan nafas terakhir selepas melaungkan azan maghrib pada Ahad.

Perkara itu dikongsikan sendiri seorang individu yang dipercayai sahabat kepada arwah iaitu saudara MN Afzan AbWahab menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Afzan, dia menyifatkan arwah sebagai seorang insan yang sentiasa mengingatkan orang lain kepada Allah.

“Almarhum dijemput Allah sejurus selesai melaungkan azan. 
Almarhum mengakhiri hayatnya dalam keadaan melaksanakan satu ibadah yang mulia, menyeru manusia kepada solat, mengagungkan nama Allah dan mengajak manusia menuju kejayaan.

“Benarlah, Almarhum adalah antara sahabat yang apabila bersama dengannya, kita diingatkan kepada Allah. Bahkan selepas pemergiannya juga, beliau terus mengingatkan kita tentang kehidupan yang sementara dan perjalanan menuju akhirat,” katanya.

Hantaran tersebut kemudiannya tular dan mendapat respon daripada netizen yang rata-ratanya berasa cemburu dengan cara pemergian arwah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber: Facebook

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement