Sekilas
- Penyanyi Alfie Zumi kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang tidak memberi kerjasama dalam urusan bayaran dan royalti selepas kerja selesai.
- Alfie yang bergerak sendiri tanpa pengurus merasa mudah dieksploitasi kerana tiada pihak yang membantu menguruskan hak dan kepentingannya.
- Beliau menasihatkan artis bebas untuk mendapatkan pengurus yang faham hak mereka dan mampu melindungi kepentingan profesional.
Penyanyi, Alfie Zumi meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah pihak yang didakwa tidak memberikan kerjasama dalam urusan bayaran dan royalti selepas sesuatu kerja diselesaikan.
Menurut Alfie, sebagai artis yang bergerak sendiri dia agak kecewa ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadapnya memandangkan dia tidak mempunyai pengurus yang dapat membantu menguruskan hak serta kepentingannya.
“Ingatan jadi independent artist ini mudah untuk nak bekerjasama dengan orang. Ya, memang mudah, tapi orang pula tak bagi kerjasama bila dah settle.
“Mentang-mentang aku tak ada manager yang tolong kejarkan payment dan royalties aku, dibodoh-bodohkannya kita,” katanya.
Pada masa sama, Alfie menegaskan mempunyai pengurus yang memahami hak seseorang artis dan mampu melindungi kepentingan mereka merupakan satu perkara penting, khususnya apabila melibatkan urusan profesional.
“Jadi nasihat saya, kalau masih nak be independent, find a good manager who understands your rights and knows how to protect your interests. Sekian,” ujarnya.