Skip to main content

Hiburan

Menuju Ke Konsert Tradisional, Siti Nurhaliza Kembali Mempromosikan Album 'Gema Bumantara' - "Saya Mahu Peminat..."

Astrogempak SITI (1)

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kekangan masa menyebabkan album tradisional terbaharunya, Gema Bumantara, kurang dipromosikan sebelum ini.
  • Walaupun begitu, album tersebut tetap mendapat sambutan hangat dengan pencapaian nombor satu di Apple Music dan Spotify serta lagu Kembang Bunga menang kategori lagu dangdut popular di Indonesia.
  • Siti kini merancang untuk aktif semula dalam promosi album dan mengadakan konsert tradisional tahun ini bagi menghidupkan kembali lagu-lagu dalam album tersebut.

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kekangan masa menjadi faktor utama album tradisional terbaharunya, Gema Bumantara kurang dipromosikan sebelum ini.

Bagaimanapun, Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin tetap meluahkan rasa sukur syukur apabila album tersebut tetap menerima sambutan memberangsangkan daripada peminat.

"Saya tak sempat untuk fokus pada promosi album sebab semasa saya lancarkan sekitar bulan Oktober, November saya dah sibuk dengan persiapan konsert Legacy 30. Memang jadual penuh dari segi promosi konsert, tapi dalam masa sama kita tetap lancarkan album di semua platform digital.

“Alhamdulillah, kita dapat carta nombor satu di Apple Music dan juga Spotify. Itu menunjukkan pencapaian yang luar biasa juga. Album ini bersama Lesti dan saya menyanyikan lagu Kembang Bunga yang akhirnya menang kategori lagu dangdut popular di Indonesia,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelantun lagu Rencong itu, sambutan positif itu membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk kembali aktif mempromosikan album tersebut tahun ini seiring dengan penganjuran konsert tradisional terbesarnya tahun ini.

“Sekarang ini waktu lebih sesuai untuk saya fokus semula kepada promosi kerana saya ada masa terluang.

“Kita juga sedang merancang untuk mengadakan konsert tradisional tahun ini, jadi saya mahu peminat kembali mengingati lagu-lagu dalam album tersebut,” katanya lagi.

Pada masa sama, Siti turut berkongsi pandangannya mengenai kepentingan strategi promosi dan hubungan baik antara artis, syarikat rakaman serta stesen radio dalam memastikan sesebuah karya mendapat perhatian ramai.

“Sebenarnya promosi bukan hanya sekadar pelancaran sahaja. Kita kena ada pasukan yang bagus dan sokongan daripada syarikat rakaman.

“Hubungan baik antara artis dan stesen radio juga sangat memainkan peranan supaya mereka sentiasa alert dengan album atau single terbaru kita,” jelasnya.

Siti turut menzahirkan penghargaan kepada Universal Music Malaysia atas kerjasama baik sepanjang proses promosi album tersebut.

“Saya bersyukur sebab walaupun kami bekerjasama, semua tugas promosi dibuat bersama-sama dan hubungan yang baik itu memudahkan proses memperkenalkan lagu kepada pendengar,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement