Skip to main content

Hiburan

Meremang Bulu Roma! Pempengaruh Terkejut Dengar Rakaman Suara Misteri Ketika Dengar Radio ERA - “Aku Sorang Ke Yang Dengar…”

pempengaruh

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu rakaman video menyeramkan ketika mendengar radio ERA.

Menerusi perkongsian di TikTok, pempengaruh dikenali sebagai Syiqin Zaidi itu pada mulanya sekadar merakam dirinya sedang melayan lagu sambil menunggu suaminya di dalam kereta. 

Advertisement

Bagaimanapun, suasana berubah apabila segmen radio bersama penyampai Munabella bertukar menjadi pengalaman yang cukup menyeramkan.

 

@syiqinzaidi

Harey lahhhh.. elok2 aku dokk rekod, ada hantu pulak.. cuba ampa dengaq kat 0.43..

♬ Creepy and simple horror background music(1070744) - howlingindicator

Dalam rakaman itu, kelihatan Syiqin tenang mendengar sesi pendengar menghantar pesanan suara (voicenote) untuk menyanyi secara langsung di udara. 

 

Pendengar terbabit memperkenalkan dirinya sebagai Mawar dan berkongsi bahawa dia ingin menyanyikan sebuah lagu istimewa buat kakaknya yang telah meninggal dunia.

Pada mulanya nyanyian itu kedengaran biasa, namun selepas beberapa saat, suara Mawar tiba-tiba bertukar menjadi seram dan menyerupai suara makhluk halus.

“Ee meremang, saya dah la sorang-sorang dalam kereta… korang dengar tak? Elok-elok tengah rakam, ada hantu pulak” ujar Syiqin.

Perkongsian itu pantas tular dan menerima ribuan tontonan apabila ramai warganet mengakui mereka turut mendengar suara misteri sama ketika segmen tersebut disiarkan secara langsung di radio.

“Weh dengar gak sebenarnya kat ERA tadi… tapi ingatkan aku sorang je yang dengar.

“Weh benda ni legit kannn, bukan aku sorang kann, meremang doo.

“Aaaaa takutttt… scarynya dengar semalam masa live dalam radio!

“Ingatkan aku sorang je yang dengar, weh meremang.

“Kenapa macam dengar suara lain wehh? Sumpah meremang wehh!!,” komen beberapa netizen.

Sehingga kini, punca sebenar perubahan suara misteri itu masih belum dapat dipastikan, namun rata-rata pengguna media sosial mengakui pengalaman tersebut mencetuskan suasana menyeramkan walaupun mereka hanya mendengarnya melalui radio.

Must-Watch Video

Advertisement