Skip to main content

Hiburan

Meremang! Ketukan Di Tingkap Pukul 4 Pagi, Gitar Jatuh Sendiri Ketika Buat Live… Araff Diganggu Mahkluk Halus?

Astrogempak ARAFF

Sekilas

  • Araff dari kumpulan ALPHA berkongsi pengalaman seram ketika membuat siaran langsung TikTok pada pukul 4 pagi selepas terdengar bunyi pelik di rumahnya.
  • Dia mula-mula terdengar ketukan di cermin biliknya dan bunyi kerusi diseret dari tingkat atas rumah ketika cuba tidur semula.
  • Situasi menjadi lebih menakutkan apabila gitar miliknya jatuh secara tiba-tiba semasa siaran langsung, namun Araff meminta penonton untuk tidak panik.

Ahli kumpulan ALPHA, Araff berkongsi detik seram ketika melakukan siaran langsung di media sosial pada awal pagi.

Menerusi potongan video yang dikongsikan di TikTok, jelas Araff atau nama lengkapnya Muhammad Amirull Hasraff Mohd Pilus, dia mengambil keputusan untuk membuat 'live' TikTok pada pukul 4 pagi kerana terjaga daripada tidur selepas terdengar beberapa bunyi yang dianggap luar biasa di kediamannya.

"Sebab saya buat live waktu-waktu macam ini sebab saya dikejutkan oleh bunyi yang tidak menyenangkan.

"Mula-mula saya dengar satu ketukan dari cermin bilik saya. Tapi saya hanya husnuzon, saya anggap ketukan itu datang daripada burung. Memang selalunya ada burung yang hinggap di situ, cuma ia buat saya overthinking," katanya.

Belum sempat menenangkan diri, Araff mendakwa terdengar pula bunyi seakan-akan kerusi diseret dari tingkat atas rumah ketika dia cuba menyambung tidur.

"Apabila saya nak cuba tidur balik, rumah atas bunyi kerusi pula," ujarnya.

Namun, situasi menjadi lebih mendebarkan apabila gitar miliknya tiba-tiba terjatuh ketika dia sedang berinteraksi dengan penonton dalam siaran langsung tersebut.

Insiden itu membuatkan Araff tergamam dan terdiam seketika.

Bagaimanapun, Araff meminta mereka yang menonton siaran langsung pada ketika itu untuk tidak panik.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement