Skip to main content

Hiburan

Meriah Malam Gala CHELOT! Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam & Nadhir Nasar Antara Yang Curi Perhatian

Malam gala Chelot

Sekilas

  • Filem aksi misteri CHELOT mengadakan Gala Premiere meriah di IOI City Mall, Putrajaya dengan kehadiran pelakon, penggiat industri, dan Ketua Polis Negara.
  • Pengarah Adrian Teh berkongsi cabaran menghasilkan babak aksi one-take terpanjang di Malaysia yang dirakam sepanjang 1.9 km dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.
  • CHELOT akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Ogos 2026, menampilkan kisah penuh aksi dan misteri yang menarik perhatian penonton.
Advertisement

Filem aksi penuh misteri, CHELOT, telah melakar satu lagi detik penting menerusi penganjuran Gala Premiere Filem CHELOT yang telah berlangsung meriah di IOI City Mall, Putrajaya pada Selasa.

 

Advertisement

Acara tersebut telah menghimpunkan barisan pelakon, penerbit, penggiat industri, tetamu kehormat serta rakan-rakan media bagi meraikan perjalanan filem CHELOT menjelang tayangannya di pawagam seluruh Malaysia.

 

Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail sebagai tetamu kehormat yang telah memberikan sokongan terhadap penganjuran acara tersebut.

 

Berlangsung di Concourse, LG West Court, IOI City Mall Putrajaya, acara tersebut telah menampilkan konsep red carpet yang istimewa dan penuh bertenaga, selari dengan identiti serta karakter filem CHELOT.

 

Majlis telah dimulakan dengan kemunculan barisan pelakon sebelum suasana dimeriahkan dengan kemunculan penuh tenaga perarakan Urumi Melam, pergerakan kumpulan muzik tradisional masyarakat Tamil yang menggunakan gendang Urumi, yang menampilkan pelakon Theebaan G and Chandni Nagadurga.

 

Kemunculan tersebut telah memberikan suasana yang lebih meriah sebelum barisan pelakon utama CHELOT iaitu Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, dan Azhan Rani membuat kemunculan dari arah bertentangan dengan entrance yang diinspirasikan daripada gaya polis Malaysia, sejajar dengan konsep movie CHELOT.

 

Konsep kemunculan yang menggabungkan elemen kemeriahan Urumi Melam dengan aura elegan ala polis

Malaysia telah mencerminkan kepelbagaian serta karakter tersendiri yang menjadi sebahagian daripada dunia CHELOT.

 

ADRIAN TEH KONGSI VISI DI SEBALIK CHELOT

Acara tersebut turut menampilkan ucapan daripada Adrian Teh, selaku Pengarah, Penulis Skrip dan Penerbit CHELOT merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Act 2 Pictures.

 

Dalam ucapannya, Adrian telah berkongsi mengenai visi serta perjalanan di sebalik pembikinan CHELOT dan bagaimana karya tersebut telah dibawa daripada peringkat idea sehingga ke layar perak.

 

Beliau turut berkongsi antara cabaran terbesar dalam pembikinan filem tersebut, khususnya babak aksi one-take yang menjadi antara pencapaian utama CHELOT.

 

Babak berdurasi 5 minit 19 saat itu dirakam secara berterusan merentasi laluan sepanjang 1.9 kilometer, dari Quill City Mall ke Pertama Complex, dan telah diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records sebagai “Longest Single-Take Action Sequence in a Movie.”

 

Menurut Adrian, merealisasikan babak tersebut memerlukan perancangan dan persiapan yang sangat teliti, dengan penglibatan lebih 300 kru produksi, 150 hari persiapan, 60 jam latihan dan 8 jam penggambaran, selain penggunaan 50 buah kenderaan prop bagi menjayakan keseluruhan babak.

 

Dengan konsep one-take, setiap pergerakan pelakon, kru, kamera, kenderaan dan elemen aksi perlu diselaraskan dengan tepat kerana babak tersebut dirakam tanpa sebarang potongan.

 

Pencapaian tersebut sekali gus mencerminkan komitmen serta kerjasama seluruh pasukan produksi dalam merealisasikan visi CHELOT di layar perak.


 

Penganjuran Gala Premiere CHELOT telah menjadi antara kemuncak perjalanan promosi filem tersebut sebelum ia menemui penonton di seluruh Malaysia.

 

CHELOT akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Ogos 2026.

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kisah, aksi dan misteri yang menjadi taruhan CHELOT di layar perak.

Anda mungkin berminat dengan

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Must Watch Video

Advertisement