Skip to main content

Selebriti

Mia Sara Sifatkan Leona Seorang Yang Baik & Positif, Kongsi Perjalanan Berdamai Dengan Kecaman - “Dia Antara Orang Yang Saya Kenal…”

Mia Sara Leona

Sekilas

  • Mia Sara puji Leona sebagai individu yang kuat dan positif walaupun sering dikecam netizen di media sosial.
  • Mia berkongsi pengalamannya menghubungi Leona secara peribadi untuk mendapatkan sokongan ketika menghadapi isu emosi.
  • Mia mengambil masa hampir empat tahun untuk pulih dari kecaman dan kini sudah belajar untuk sayang diri sendiri.

Pelakon, Mia Sara menyifatkan pempengaruh media sosial, Leona sebagai seorang individu yang sangat baik, kuat dan sentiasa berfikiran positif meskipun berdepan kecaman hebat daripada netizen.

Menurut Mia, Leona antara individu yang sering menerima kritikan paling teruk di media sosial, namun tetap kekal dengan sikapnya yang sentiasa ceria.

“Dia selalu kena kecam, tapi langsung tak nampak terkesan. Dia antara orang yang saya kenal yang menerima kecaman teruk, tapi sampai sekarang dia nampak ceria,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mia turut berkongsi bagaimana dia memberanikan diri menghubungi Leona secara peribadi ketika berdepan isu personal yang menjejaskan emosinya.

“Saya ambil nombor Leona, saya mesej langsung (DM) dia saya cakap mengenai isu saya dan dia sangat baik, kami membuat panggilan video dan saya tanya dia bagaimana dia atasi perkara-perkara seperti itu,” katanya.

Jelas Mia lagi, dia mula menerima kecaman selepas tampil dengan imej berbeza dan menghasilkan kandungan TikTok bersama Leona.

Bagaimanapun, rata-rata komen-komen negatif ketika itu bukan sahaja menyasarkan Mia, malah turut mengkritik Leona secara terbuka.

“Orang kenal saya semasa saya bertudung labuh. Selepas itu bila tudung saya singkat, saya buat TikTok dengan Leona, komen-komen di situ semua kecam Leona.

“Ada yang kata saya jadi macam tu sebab saya berkawan dengan Leona, jadi saya tanya dia adakah dia benar-benar okay dengan semua komen negatif itu, sebab dia nampak seperti tidak kisah,” kongsinya.

Menerusi temu bual eksklusif bersama pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi dalam podcast Kita Kita Aje itu juga Mia menjelaskan perjalanan untuk berdamai dengan kecaman bukanlah sesuatu yang singkat, malah mengambil masa hampir empat tahun untuk dia benar-benar pulih.

“Benda ini bukan setahun, empat tahun punya perjalanan, saya jumpa orang sini, saya banyak pergi rumah anak yatim, saya cari pengalaman, pergi travel, cari macam macam cara untuk berdamai.

“Saya cuba atasi, alhamdulillah tahun ini saya dah hilang ketakutan tu. Saya dah tak kisah orang nak kecam, nak cakap saya tak profesional sebab saya cakap tentang perasaan saya ke.

“Sebab saya menangis ke, saya dah belajar untuk sayang diri saya,” jelasnya.

Saksikan video temu bual penuh di podcast Kita Kita Aje:

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement