Skip to main content

Hiburan

Mierul Aiman Anggap Tiada Persaingan Sesama Pelakon - “Mencapai Objektif Cerita Ini Kepada Penonton Adalah…”

Mierul Aiman Anggap Tiada Persaingan Sesama Pelakon - “Mencapai Objektif Cerita Ini Kepada Penonton Adalah…”

Sekilas

  • Mierul Aiman tidak melihat kehadiran Zarif Ghazzi dan pelakon lain dalam KUDRAT 1968: High Council sebagai persaingan, sebaliknya menekankan kerja berpasukan dalam sesebuah produksi.
  • Beliau menegaskan objektif utama adalah menyampaikan watak dan cerita dengan baik kepada penonton tanpa perlu membandingkan antara pelakon.
  • KUDRAT 1968 yang merupakan prekuel siri High Council akan ditayangkan pada 11 September, menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi dan lain-lain.
Advertisement

Pelakon, Mierul Aiman tidak menganggap kehadiran Zarif Ghazzi mahupun pelakon lain dalam naskah KUDRAT 1968: High Council bakal mengugat namanya dalam industri.

Menurut Mierul, setiap pelakon mempunyai peranan dan objektif masing-masing dalam sesebuah karya, justeru tiada keperluan untuk mewujudkan perbandingan atau persaingan sesama pemain industri.

“Saya percaya this is not a competition at all. Ini adalah sebuah cerita. Kita bekerja sebagai sebuah pasukan. It's not a solo game, it's a team game.

"Saya rasa tak pernah terlintas pun sehingga hari ini soalan itu diajukan. Mencapai objektif cerita ini, babak ini kepada penonton itu adalah satu-satunya misi saya,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Tambah Mierul, prinsip tersebut turut menjadi pegangannya setiap kali terlibat dalam mana-mana produksi sama ada drama, telefilem, siri mahupun filem.

Katanya, perkara paling utama baginya adalah memastikan objektif karakter dan cerita dapat disampaikan dengan baik kepada penonton.

“Mana-mana cerita pun, drama, telemovie, series atau filem, yang paling penting objektif saya sebagai karakter itu dan objektif cerita itu sampai.

“Itu yang paling penting. Kalau nak nampak ada perbandingan ataupun perbezaan, saya nampak ia lebih kepada competition dan langsung tiada nilai itu dalam point of view saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mierul turut melihat perkembangan positif yang berlaku dalam industri kreatif ketika ini, khususnya dari aspek sokongan peminat terhadap karya serta barisan pelakon.

Menurutnya, kehadiran peminat yang tepat terhadap sesebuah naskhah membantu karya berkenaan berkembang dengan lebih sihat.

“Saya rasa seronok sebab it's healthy. Kalau kita nampak daripada sudut pemasaran, pemasaran itu sampai kepada audiens yang tepat.

“Iaitu audiens yang betul-betul meminati naskhah ini dan audiens yang betul-betul meminati pemain-pemain di dalam naskhah ini. So, it's a healthy growth. Saya sangat happy dan saya rasa dunia industri kreatif kita sekarang ini sedang membesar dengan sihat.

“Lagi-lagi dengan adanya peminat-peminat dan penyokong-penyokong pemain-pemain seperti saya serta semua orang di dalam industri ini. Tanpa mereka, tiada pengangkatlah untuk membuatkan kita percaya yang kita sedang melakukan kerja yang betul,” katanya lagi.

​​Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairii Asyraf itu dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High Council bakal menemui peminat pada 11 September ini.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement