Skip to main content

Berita Tempatan

Mierul Aiman, Chech Harith & Evertts Gomes Bakal Gegarkan STL Di Ipoh, Aweera Turut Buat Persembahan!

Mierul Aiman, Chech Harith & Evertts Gomes Bakal Gegarkan STL Di Ipoh, Aweera Turut Buat Persembahan!

Sekilas

  • Tiga pelakon filem ‘KUDRAT 1968: High Council’ iaitu Mierul Aiman, Chech Harith dan Evertts Gomes akan memeriahkan saingan Sepak Takraw League (STL) Perak Grand Prix di Ipoh pada 25 Oktober.
  • Mereka akan terlibat dalam pelbagai aktiviti sepanjang acara dan membuat penampilan khas sebelum perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, tetapi tiada sesi meet and greet disediakan.
  • Peminat juga boleh menikmati persembahan penyanyi Aweera dan menonton siaran langsung STL melalui platform sooka jika tidak dapat hadir ke stadium.
Advertisement

Peminat drama dan sukan, ada berita menarik untuk anda!

Tiga pelakon filem ‘KUDRAT 1968: High Council’ iaitu Mierul Aiman, Chech Harith dan Evertts Gomes bakal turun padang bagi memeriahkan saingan Sepak Takraw League (STL) Perak Grand Prix di Ipoh, Perak pada Ahad ini, 25 Oktober.

Advertisement

Kehadiran mereka merupakan sebahagian daripada aktiviti promosi filem ‘KUDRAT 1968: High Council’, selain memberi peluang kepada barisan pelakon merasai sendiri kemeriahan pertandingan sepak takraw berkenaan.

Menariknya, ketiga-tiga pelakon itu akan menyertai pelbagai aktiviti yang berlangsung di dalam dan luar stadium sepanjang acara tersebut.

Mereka juga dijadualkan membuat penampilan dalam segmen khas sebelum perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, bermula pukul 7.30 malam.

Advertisement

Bagaimanapun, tiada sesi bertemu peminat secara khusus atau meet and greet dijadualkan sepanjang kehadiran barisan pelakon berkenaan.

Bukan itu sahaja, peminat muzik turut berpeluang menyaksikan persembahan istimewa penyanyi Aweera yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Aweera dijadualkan menyampaikan dua buah lagu pada pukul 9 malam sebagai sebahagian daripada promosi awal menjelang musim baharu Gegar Vaganza.

Gabungan penampilan selebriti, persembahan muzik dan aksi sepak takraw itu dijangka menambahkan lagi kemeriahan STL Perak Grand Prix, khususnya buat pengunjung yang hadir ke stadium.

Bagi peminat yang tidak berkesempatan hadir ke Ipoh, jangan risau!

Anda masih boleh mengikuti siaran langsung STL pada Ahad ini menerusi platform sooka, termasuk segmen khas yang menampilkan barisan pelakon ‘KUDRAT 1968: High Council’.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi pemain sepak takraw terbaik sambil menikmati kemeriahan hiburan yang disediakan!

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement