Skip to main content

Hiburan

Mila Jirin Akui Masa Merupakan Cabaran Bagi Wanita Bekerja, Banyakkan ‘Quality Time’ Bersama Anak - “Anak Saya Pernah Sorok Laptop Kerana…”

Mila Jirin Akui Masa Merupakan Cabaran Bagi Wanita Bekerja, Banyakkan ‘Quality Time’ Bersama Anak - “Anak Saya Pernah Sorok Laptop Kerana…”

Sekilas

  • Mila Jirin kongsi cabaran membahagikan masa antara kerjaya, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
  • Anaknya pernah sorok laptop kerana rasa kurang perhatian, jadi Mila tekankan pentingnya komunikasi dan kefahaman.
  • Dia utamakan kualiti masa bersama anak, seperti aktiviti berbasikal dan memasak, walaupun singkat.
Advertisement

Penyanyi Mila Jirin berkongsi cabaran yang dilaluinya sebagai seorang wanita yang bergelar usahawan dan dalam masa yang sama perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga ibu.

Menurut Mila, bukan mudah untuk membahagikan masa apabila pulang ke rumah kerana perlu menguruskan anak-anak dan pada masa sama meluangkan masa bersama suami.

Advertisement

“Jika nak bercakap tentang cabaran yang saya hadapi adalah apabila perlu membahagikan masa sebagai seorang wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga isteri.

“Sebagai seorang ibu, bila kita mempunyai kerjaya, anak kita akan mula mempersoalkan tak ada masa dengan dia. Jadi antara struggle seorang wanita adalah untuk membahagikan masa sebaiknya.

“Macam anak saya juga tak terkecuali. Bila saya depan laptop, dia sangat tak suka. Dia pernah sorok laptop saya! Sebab pada dia laptop itu adalah enemy dia.

Advertisement

“Jadi bila bekerja dan pulang ke rumah, saya rasa gembira sangat apabila dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Begitu juga sebagai seorang ibu,” katanya kepada Gempak.

Jelas Mila, situasi itu mula membuatkan dirinya sedar bahawa perubahan sikap pada anak tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya perlu difahami dan ditangani dengan cara yang baik.

“Bila anak kita tunjuk simptom-simptom itu, kita tak boleh biarkan. Kita perlu ambil cakna. Jadi apa yang saya lakukan adalah saya jelaskan pada dia kenapa saya perlu bekerja dan mencari rezeki.

“Anak-anak kita akan faham sebenarnya dan kalau kita tak bagitahu, kita akan hadapi struggle yang tiada penghujung,” tambahnya.

Ditanya cara dirinya menangani situasi tersebut, pelantun lagu Aku Lebih Tahu ini memaklumkan dia akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa dengan melakukan aktiviti bersama anak-anaknya.

“Saya sangat menitikberatkan quality time berbanding quantity time bersama anak-anak. Tak semestinya kita perlu duduk selama 10 jam tetapi tak ada kualiti.

“Sebagai contoh, kita luang masa bersama anak selama satu jam tapi penuh dengan kualiti seperti berbasikal bersama-sama, tolong anak buat kerja rumah dan juga masak bersama-sama.

“Percayalah, masa satu jam yang kita luangkan itu adalah sama seperti 10 jam yang mungkin kita acuh tak acuh sahaja dengan anak-anak,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement