Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Mila Mohsin Sebak Kongsi Kenangan Dengan Arwah Bapa - “Dia Akan Sentiasa Memastikan…”

Mila Mohsin

Sekilas

  • Pelakon Mila Mohsin sebak berkongsi kenangan bersama arwah bapanya, aktor Hani Mohsin, yang meninggal dunia sebelum dia berusia 10 tahun.
  • Mila bangga apabila orang yang mengenali arwah menyifatkan mereka berdua mempunyai banyak persamaan, dan menganggap itu pujian terbesar.
  • Dia mengenang arwah sebagai insan yang sangat menyayangi dan sentiasa mengutamakan masa bersama walaupun sibuk bekerja keras.
Advertisement

Pelakon Mila Mohsin tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi kenangan bersama arwah bapanya iaitu aktor Hani Mohsin yang meninggal dunia sebelum dirinya berusia 10 tahun.

 

Advertisement

Mila berkata, bapanya banyak membentuk dirinya menjadi insan seperti hari ini malah, dia berasa sangat bangga apabila ada individu yang pernah mengenali arwah menyifatkan mereka berdua banyak persamaan.

 

“Memang sukar nak percaya sebab arwah meninggal dunia sebelum saya berusia 10 tahun. Arwah banyak membentuk diri saya menjadi seperti hari ini.

Advertisement

 

“Apabila ada orang yang pernah bertemu dan mengenali arwah dan memberitahu saya yang saya sangat mirip dengannya, saya berasa sangat gembira. 

 

“Itu pujian paling besar yang saya boleh terima kerana arwah ialah insan terbaik yang pernah saya kenali. Arwah bekerja sangat keras setiap hari. 

 

“Saya selalu berasakan usaha saya masih belum cukup kerana saya tahu betapa kuatnya arwah bekerja. Begitu juga dengan ibu saya,” katanya.

 

Mila yang juga anak kepada pelakon dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di podcast Studio Sembang bersama aktres Amelia Henderson. 

 

Dalam pada itu, Mila turut menyifatkan bapanya sebagai seorang insan yang sentiasa mengutamakan masa bersamanya setiap kali mereka berpeluang meluangkan waktu bersama.

 

Malah, dia tidak dapat menahan sebak ketika mengenangkan kasih sayang yang dicurahkan arwah kepadanya sepanjang hayat.

 

“Arwah akan sentiasa memastikan dirinya tidak terlalu sibuk apabila saya bersamanya. Arwah sangat menyayangi saya dan saya dapat merasakan sepenuhnya kasih sayang itu. 

 

“Bagi arwah, semuanya tentang kerja dan kasih sayangnya kepada saya. Arwah ibarat adiwira dalam hidup saya,” katanya.

 

Sumber - TikTok

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video

Advertisement