Skip to main content

Hollywood

Miley Cyrus Bertunang, Terima Cincin RM1.8 Juta

miley

Sekilas

  • Miley Cyrus dilaporkan bertunang dengan Maxx Morando, disahkan melalui cincin emas yang dipakai di acara tayangan perdana Avatar: Fire and Ash.
  • Cincin tunang tersebut dipercayai bernilai sekitar RM1.8 juta dan menarik perhatian media antarabangsa walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan.
  • Miley dan Maxx mula berkenalan pada 2021 dan hubungan mereka semakin terbuka sejak 2022, dengan Miley sebelum ini pernah berkahwin dengan Liam Hemsworth yang berakhir pada 2019.

Bintang Hollywood, Miley Cyrus dilaporkan telah bertunang dengan kekasihnya, Maxx Morando.

Berita pertunangan mereka yang disahkan oleh satu sumber diperkuat dengan sebentuk cincin emas yang tersarung di jari manis penyanyi dan pelakon tersebut sewaktu menghadiri tayangan perdana Avatar: Fire and Ash di Los Angeles pada 1 Disember lalu.

Meski tiada kenyataan rasmi diberikan kedua-dua selebriti tersebut, media antarabangsa terus memperkatakan mengenai spekulasi pertunangan mereka.

Hal itu termasuklah harga sebentuk cincin yang dipercayai sebagai cincin tunang yang dijangka mencecah nilai RM1.8 juta.

Cyrus, 33, berkenalan dengan pemain dram kumpulan Liily itu pada tahun 2021 sebelum mempamerkan kebahagiaan mereka kepada umum sekitar 2022.

Tahun lalu, pemenang tiga kali Grammy itu berbicara dengan Harper Bazaar mengenai hubungan bersama lelaki berusia 27 tahun tersebut.

Cyrus mengatakan perbezaan usia enam tahun di antara mereka bertahan kerana mereka tidak pernah memikirkan soal angka dengan serius.

Penyanyi itu sebelum ini berkahwin dengan kekasih, Liam Hemsworth namun hanya bertahan selama lapan bulan. Hemsworth memohon bercerai pada Ogos 2019.

Must-Watch Video

Advertisement