Skip to main content

Hiburan

Miley Cyrus Dilapor Kahwin Hujung Minggu Ini

Miley Cyrus Dilapor Kahwin Hujung Minggu Ini

Sekilas

  • Penyanyi antarabangsa Miley Cyrus dijangka berkahwin dengan tunangnya, Maxx Morando, hujung minggu ini di selatan California.
  • Miley dan Maxx mula dikaitkan sejak 2021 dan mengesahkan pertunangan mereka pada Disember 2025.
  • Miley berkongsi bahawa Maxx mempunyai sifat ingin tahu yang membuatnya bahagia dan lagu "Let’s Get Married" dalam album terbarunya diinspirasikan oleh Maxx.
Advertisement

Penyanyi antarabangsa, Miley Cyrus dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, pemuzik Maxx Morando pada hujung minggu ini.

Menurut laporan TMZ bertarikh 19 November, penyanyi berusia 33 tahun itu dan Maxx, 28, dijangka melangsungkan perkahwinan di selatan California, Amerika Syarikat.

Advertisement

Sumber yang mengetahui perancangan tersebut memaklumkan butiran lanjut mengenai majlis pasangan itu masih dirahsiakan.

Miley dan Maxx mula dikaitkan sebagai pasangan selepas dilihat bersama pada pertunjukan fesyen Gucci’s Love Parade pada November 2021.

Maxx turut dilihat menghadiri acara sambutan tahun baharu kendalian Miley di Miami pada tahun sama sebelum hubungan mereka disahkan pada 2022.

Advertisement

Pada Disember 2025, pelantun lagu Flowers itu mengesahkan mereka sudah bertunang.

Dalam temu bual pada September lalu, Miley berkongsi sikap Maxx yang membuatkannya bahagia, terutama sifat ingin tahu pemuzik tersebut.

“Ada banyak perkara dalam senarainya. Saya tidak boleh bacakan ikrar perkahwinan saya kepada anda, tetapi perkara utama yang saya sedari sejak awal ialah kami pernah bercakap tentang kebijaksanaan seorang kanak-kanak.

“Ketidaktahuan merekalah yang menjadikan mereka begitu bijak,” katanya.

Menurut Miley, sifat tersebut membuatkannya menghargai cara Maxx melihat sesuatu meskipun dirinya pernah bekerja dengan ramai penggiat muzik ternama.

“Itulah yang paling saya suka tentang Maxx. Saya pernah berada bersama antara penerbit, penulis lagu dan artis terhebat sepanjang zaman, tetapi mereka tahu terlalu banyak.

“Mereka sudah kehilangan keinginan untuk bertanya dan mencari kerana merasakan sudah mengetahui jawapannya,” ujarnya.

Miley turut memuatkan lagu Let’s Get Married yang berkisarkan Maxx dalam album terbaharunya, Bass Persuades.

Sekiranya berlangsung, perkahwinan tersebut menjadi yang kedua buat Miley selepas pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Liam Hemsworth pada Disember 2018.

Pasangan itu melalui hubungan putus sambung selama kira-kira 10 tahun sebelum berpisah pada Ogos 2019.

Perceraian mereka dimuktamadkan pada Januari 2020.

Sumber: TMZ

Anda mungkin berminat dengan

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement