Skip to main content

Hollywood

Miliki Aset Cecah RM610 Juta, Pengarah Nekad Tak Beri Sesen Wang Kepada Ibu Kerana Disindir

Miliki Aset Cecah RM610 Juta, Pengarah Nekad Tak Beri Sesen Wang Kepada Ibu Kerana Disindir

Sekilas

  • Quentin Tarantino tidak akan berkongsi kekayaannya dengan ibu kandungnya selepas ibunya pernah memperlekehkan cita-citanya menjadi penulis ketika dia berusia 12 tahun.
  • Walaupun begitu, Tarantino pernah membantu ibunya menyelesaikan masalah berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat, tetapi tidak membelikan rumah atau kereta mewah untuknya.
  • Tarantino berhenti sekolah menengah dan belajar dunia perfileman secara praktikal sebelum berjaya meraih dua trofi Oscar dalam kerjayanya sebagai pengarah dan penulis skrip.
Advertisement

Pengarah terkenal Hollywood, Quentin Tarantino, mungkin antara penggiat seni paling berjaya dalam industri perfileman, namun ada seorang individu yang tidak akan menerima walau sesen pun daripada kekayaannya iaitu ibu kandungnya sendiri.

Keputusan itu dibuat selepas ibunya, Connie Zastoupil, pernah memperlekehkan cita-citanya untuk menjadi penulis ketika dia baru berusia 12 tahun, lapor USWeekly.

Advertisement

Menurut laporan sama, pengarah filem Pulp Fiction itu mendakwa pengalaman berkenaan membuatkan dia berjanji untuk tidak berkongsi hasil titik peluhnya dengan ibunya.

Ironi, nilai aset yang dimiliki Tarantino, 63, dilaporkan mencecah AS$150 juta atau sekitar RM610 juta.

“Ibu saya selalu menghadapi masalah dengan ketidakmampuan saya dalam bidang akademik,” kata Tarantino ketika muncul dalam podcast The Moment pada 2021.

Advertisement

Petikan temu bual berkenaan kembali menjadi perhatian selepas disiarkan semula oleh Fortune, baru-baru ini.

Pemenang Oscar itu mendakwa ibunya sering memarahinya kerana terlalu sibuk menulis skrip berbanding menyiapkan tugasan sekolah.

Tarantino turut mengimbas satu kejadian apabila ibunya yang kini berusia 80 tahun, dikatakan mengkritik sikapnya terhadap pelajaran dan kerjaya penulisan.

“‘Saya masih ingat ibu berkata ‘Oh, ya, satu lagi. Kerjaya penulisan kecil-kecilan yang kamu buat ini?’

“ ‘Kerjaya penulisan kecil-kecilan yang kamu sedang usahakan itu? Semua itu akan berakhir begitu sahaja’,” katanya mengimbas kata-kata ibunya dahulu.

Insiden tersebut kemudian menjadi titik penting apabila Tarantino nekad dan berjanji kepada dirinya sendiri ibunya tidak akan menikmati hasil kejayaannya kelak.

Itu termasuklah wang, rumah atau sebarang kemewahan yang dikecapi hasil titik peluh menjadi karyawan seni.

“Ketika dia berkata begitu dengan nada sinis, saya berkata dalam hati, ‘Baiklah, puan. Apabila saya menjadi penulis berjaya nanti, puan tidak akan menerima walau sesen pun daripada kejayaan saya.’

“Tiada rumah untuk kamu. Tiada percutian untuk kamu. Tiada kereta Cadillac Elvis. Kamu tidak akan mendapat apa-apa kerana kamu berkata begitu,” katanya kepada hos podcast, Brian Koppelman.

Ketika ditanya sama ada dia masih berpegang pada janji tersebut, Tarantino menjawab ringkas: “Ya.”

Bagaimanapun, Tarantino menjelaskan dia pernah membantu ibunya menyelesaikan masalah berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (IRS).

Namun, bantuan itu tidak bermakna dia akan membelikan rumah atau kereta mewah untuk ibunya.

“Ketika itu, saya pernah membantunya menyelesaikan masalah dengan IRS. Tetapi tiada rumah. Tiada Cadillac, tiada rumah,” katanya lagi.

Koppelman kemudian mencadangkan sikap ibunya yang tidak menyokong minatnya mungkin menjadi antara faktor yang mendorong Tarantino untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan besar.

Bagaimanapun, pengarah filem Reservoir Dogs itu tidak bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Menurutnya, ibu bapa perlu memahami kata-kata yang dilemparkan kepada anak-anak boleh meninggalkan kesan mendalam.

“Ada akibat daripada kata-kata yang kita ucapkan kepada anak-anak. Ingatlah, ada akibatnya apabila kamu menggunakan nada sinis terhadap sesuatu yang bermakna bagi mereka,” katanya.

Walaupun cita-citanya pernah dipandang rendah oleh ibu sendiri, Tarantino tetap meneruskan minatnya dalam bidang penulisan.

Ketika berusia 14 tahun, dia sudah menghasilkan sebuah skrip bertajuk Captain Peachfuzz and the Anchovy Bandit.

Dua tahun kemudian, Tarantino berhenti sekolah menengah dengan persetujuan ibunya dan bersetuju untuk mula bekerja.

Pengarah prolifik itu kemudiannya bekerja selama lima tahun di sebuah kedai penyewaan video di California selepas pernah bertugas sebagai petugas pawagam di Torrance.

Pengalaman berkenaan dimanfaatkannya untuk mendalami dunia perfileman dan mempelajari selok-belok industri hiburan.

“Apabila orang bertanya sama ada saya pernah belajar di sekolah perfileman, saya jawab: ‘Tidak, saya belajar melalui filem’,” katanya dalam temu bual bersama Rolling Stone sebelum ini.

Usaha Tarantino akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya meraih dua trofi Oscar menerusi kerjayanya sebagai penulis skrip, pengarah dan penerbit yang merangkumi lebih 30 projek.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement