Skip to main content

Berita Tempatan

Mimi Fly Wakil Tunggal Malaysia, Buat Persembahan Di ASEAN-Korea Music Festival Di Filipina

Astro Gempak mimifly

Sekilas

  • Mimi Fly akan menjadi wakil tunggal Malaysia dalam ASEAN-Korea Music Festival pada 18 dan 19 April di Araneta Coliseum, Filipina.
  • Festival ROUND 2026 menampilkan artis dari beberapa negara ASEAN dan Korea Selatan, termasuk Pamungkas dan TJ Monterde.
  • Mimi sedang giat berlatih menyanyi dan menari untuk persembahan 25 minit yang akan mempromosikan bakat Malaysia di pentas antarabangsa.
Advertisement

Penyanyi Mimi  Fly semakin terbang tinggi apabila bakal menjadi wakil tunggal Malaysia dalam ASEAN-Korea Music Festival yang akan berlangsung  pada 18 dan 19 April ini di Araneta Coliseum, Filipina.

Mim akan bersama beberapa artis serantau atau ASEAN lain termasuk Pamungkas (Indonesia), Syafiq Abdulah (Brunei), TJ Monterde (Filipina) dan 10CM (Korea Selatan) membuat persembahan dalam festival yang juga dikenali sebagai ROUND 2026.

Advertisement

Mengaku teruja, Mimi menyifatkan peluang mewakili Malaysia sebagai satu penghormatan besar dan dia akan memikul tanggungjawab dengan baik agar nama negara harum.

“Saya sangat teruja dan bangga kerana akan mewakili Malaysia di festival ini. Sebelum ini Dolla dan Marsha Milan pernah mewakili Malaysia tetapi tahun ini saya dipertanggungjawabkan untuk membawa nama negara di ROUND 26.

“Tentu sahaja saya akan menggunakan peluang ini dengan sehabis baik untuk menunjukkan bakat kita di pentas Asean,” kata Mimi sewaktu ditemui di Smith & Wollensky Menara 3, Persiaran Petronas, KLCC.

Advertisement

Justeru pemilik nama sebenar Shamimi Amalina Norhisham, 39, ini memberitahu sedang giat mempersiapkan diri untuk persembahan yang memerlukan dirinya beraksi di atas pentas selama 25 minit.

“Saya diberi slot 25 minit persembahan dan kini bukan hanya giat dengan latihan menyanyi tapi juga menari. Tak sabar,” katanya yang menjadi pasangan duet dalam Konsert For You Nourul di Zepp Kuala Lumpur, 30 Mei ini.

Nama Mimie Fly kini memang sedang harum selepas lagu miliknya, Angkat dan Serumpun mendapat perhatian peminat muzik Asia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Must Watch Video

Advertisement