Skip to main content

Berita Tempatan

Mimi, Nadia Dalami Ritual Jawa Di Solo, Mahu Pastikan Watak Bayan Tak Dibawa Sambil Lewa

Mimi, Nadia Dalami Ritual Jawa Di Solo, Mahu Pastikan Watak Bayan Tak Dibawa Sambil Lewa

Sekilas

  • Mimi dan Nadia sanggup ke Solo, Indonesia menggunakan wang sendiri untuk mendalami budaya Jawa bagi menghidupkan watak Bayan dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang.
  • Pengalaman seminggu di sana membantu mereka memahami falsafah, ritual, dan makna di sebalik watak Bayan dengan lebih mendalam, bukan sekadar teknik nyanyian.
  • Mereka akan berkongsi watak Bayan secara bergilir dalam pementasan PGL di JCPAC dari 31 Oktober hingga 15 November 2026.
Advertisement

Bukan sekadar belajar menyanyi dan menghafal dialog, pelakon Mimi dan Nadia sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk ke Solo, Indonesia demi mendalami ritual serta falsafah budaya Jawa bagi menghidupkan watak Bayan dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL).

Pengalaman selama seminggu di sana membuka perspektif baharu buat kedua-duanya apabila menyedari karakter Bayan mempunyai lapisan makna dan tanggungjawab yang jauh lebih mendalam daripada apa yang mereka fahami sebelum ini.

Advertisement

Bercerita tentang pengalaman yang dikutip di Solo, Mimi memberitahu keputusan dibuat selepas mereka berasa ilmu yang diperoleh menerusi bengkel bersama tenaga pengajar dari Indonesia masih belum mencukupi untuk benar-benar memahami karakter berkenaan.
`
“Selepas bengkel berlangsung, kami rasa tidak puas hati kerana penerangan yang diberikan terlalu ringkas. Kami tertanya-tanya, apa lagi yang ada? Takkan itu sahaja?

“Jadi, kami ambil keputusan untuk pergi belajar sendiri. Apabila sampai di sana dan berguru dengan wanita Jawa, banyak perkara yang kami fikir selama ini tentang watak Bayan berubah,” katanya sewaktu ditemui media usai sesi latihan PGL baru-baru ini.

Menurut Mimi lagi, pembelajaran itu bukan sekadar tertumpu kepada teknik nyanyian, sebaliknya turut melibatkan pemahaman terhadap makna di sebalik setiap ritual, sebutan bahasa serta cara menyampaikan sesuatu dengan tepat.

Advertisement

Katanya, menyanyikan lagu tanpa memahami maksudnya tidak akan memberikan penghayatan yang diperlukan untuk menghidupkan karakter tersebut.

“Belajar menyanyi itu tidak memadai kalau kita tidak memahami apa yang kita sampaikan. Sebutan juga perlu betul supaya makna yang dibawa benar-benar sampai.

“Apabila kita mula memahami semuanya, karakter itu menjadi semakin mendalam,” ujar Mimi.

Nadia yang sudah banyak menimba ilmu sebagai pelakon teater turut mengakui pengalaman tersebut mengubah cara mereka melihat Bayan, terutama selepas mempelajari tradisi seni Jawa secara langsung daripada pengamal budaya di Solo.

Malah, perjalanan itu memberi peluang kepada mereka untuk mendekati amalan seni yang masih diwarisi dan dipraktikkan sehingga hari ini, sekali gus menyedarkan mereka tentang tanggungjawab membawa karakter yang mempunyai latar budaya tersendiri.

“Kalau kami tidak pergi sendiri, mungkin kami akan terus memahami watak ini secara terhad. Sekarang, kami lebih faham mengapa Bayan bergerak dengan cara tertentu dan mengapa setiap perincian itu penting.

“Apabila kita melibatkan diri dalam sesuatu budaya, kita mula memahami sebab di sebalik setiap perbuatan, termasuk cara bercakap, memandang dan membawa diri,” kata Nadia.

Tambahnya, antara perkara yang paling menarik perhatian mereka adalah kedudukan Bayan sebagai karakter yang mempunyai kekuatan tersendiri, tetapi tidak semestinya perlu menonjolkan dirinya di hadapan.

“Bayan tidak perlu membuktikan dirinya hebat. Dia sudah mempunyai kekuatan tersendiri, tetapi pada masa sama perlu sentiasa berada di belakang Puteri untuk memberikan sokongan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, kedua-duanya turut menyifatkan peluang membawakan watak Bayan secara bergilir sebagai pengalaman istimewa kerana mereka dapat berkongsi pandangan dan saling membantu dalam membentuk interpretasi masing-masing.

Nadia menjelaskan, meskipun membawa watak yang sama, mereka tidak berhasrat menghasilkan pembawaan yang serupa kerana masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri terhadap karakter berkenaan.

Mimi pula berkata, kehadiran Nadia sebagai rakan yang turut menggalas tanggungjawab sama membuatkannya lebih yakin untuk meneroka pelbagai ekspresi dan pendekatan lakonan.

Baginya, sokongan tersebut penting kerana mereka boleh berbincang dan bertukar pandangan sekiranya berdepan kesukaran ketika menghayati sesuatu babak.

Menariknya, perjalanan ke Solo itu dilakukan menggunakan wang sendiri dan bukan ditaja pihak produksi.

Keputusan tersebut dibuat kerana mahu meneruskan proses pembelajaran selepas merasakan masih banyak perkara yang perlu diterokai bagi memahami falsafah di sebalik watak Bayan.

PGL akan dipentaskan di The Grand Theatre, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square pada 31 Oktober hingga 15 November 2026 menerusi dua slot persembahan iaitu 2.30 petang dan 8.30 malam, mengikut jadual persembahan.

Anda mungkin berminat dengan

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

Must Watch Video

Advertisement