Skip to main content

Selebriti

Mimifly, Siti Nurhaliza Dominasi AIM25, Semak Senarai Penuh Pemenang

Mimifly, Siti Nurhaliza Dominasi AIM25, Semak Senarai Penuh Pemenang

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza menang besar di AIM25 dengan Vokal Wanita Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik, dan Lagu Terbaik menerusi lagu-lagu seperti ‘Kesuma’ dan ‘Pesanan Buat Diri’.
  • Aisha Retno raih Album Terbaik untuk [RE.HAB] serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik melalui ‘O.R.B.I.T’, manakala Alpha dinobatkan Artis Baru Terbaik.
  • Pelbagai kategori lain turut menyaksikan kemenangan artis seperti Arddley Nicholas, Inteam, Mimifly, dan Faizal Tahir, dengan Ella menerima Anugerah Sri Wirama.
Advertisement

Anugerah Industri Muzik ke 25 (AIM25) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan nama nama besar serta bakat generasi baharu industri muzik tempatan diraikan menerusi pelbagai kategori.

Antara yang mencuri tumpuan pada malam kemuncak ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila memenangi Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu ‘Kesuma’.

Advertisement

Siti turut mencatat kemenangan menerusi ‘Cenderamaya’ bagi kategori Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik.

Lebih manis, ‘Pesanan Buat Diri’ nyanyian Siti yang dicipta Aubrey Suwito dengan lirik Datuk Habsah Hassan bukan sahaja memenangi Lagu Tradisional Terbaik, malah membawa pulang pengiktirafan utama Lagu Terbaik AIM25.

Aisha Retno turut mencatat pencapaian membanggakan apabila album [RE.HAB] terbitan Jaydi dan Seatravel dinobatkan sebagai Album Terbaik.

Advertisement

Album sama turut memenangi kategori pra anugerah Rakaman Album Terbaik, manakala Aisha membawa pulang Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi ‘O.R.B.I.T’.

Dalam kategori vokal pula, Arddley Nicholas diumumkan sebagai Vokal Lelaki Terbaik menerusi ‘Sandiwara Cinta’, manakala Inteam memenangi Vokal Kumpulan Terbaik menerusi ‘Satukan Kami Di Syurga’.

Hael Husaini dan Nadeera pula mengungguli Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik menerusi ‘Peluk’, sementara Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Amir Masdi memenangi Kugiran Terbaik menerusi ‘Mahkota’.

Sementara itu, Alpha diumumkan sebagai Artis Baru Terbaik menerusi ‘Mona Lisa (Bang Bang)’. Kumpulan itu turut meraih Lagu Pop Terbaik menerusi ‘P Ramlee Saloma’.

Mimifly turut menjadi antara nama yang menyerlah apabila ‘Temberang’ memenangi Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik, selain video muzik lagu sama arahan Hafiz Rashid dinobatkan Video Muzik Terbaik.

Menerusi kategori pra anugerah, Mimifly turut memenangi Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi ‘Nara’, manakala ‘Serumpun’ membawa kemenangan bagi Lagu Perayaan Terbaik dan Anugerah Dalam Talian, Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok.

Bagi kategori lain, Faizal Tahir memenangi Lagu Rock Terbaik menerusi ‘Bila Sampai Waktu’, Yonnyboii dan Malique menerusi ‘Tanya Tuhan’ bagi Lagu Rap/Hip Hop Terbaik, manakala Halim Ahmad membawa pulang Lagu Nasyid Terbaik menerusi ‘Fitnah Akhir Zaman’.

Marsha Milan pula memenangi Lagu Etnik Terbaik menerusi ‘Pelangi Pasti’, manakala ‘Matahari Malaya’ nyanyian Mc Syze dan Noh Salleh dinobatkan sebagai Lagu Perpaduan Terbaik.

Ratu rock negara, Ella pula menerima Anugerah Sri Wirama pada edisi ke 25 AIM.

Pemenang bagi 15 kategori di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menerima geran Dana Kandungan Kreatif (DKK) sebanyak RM50,000 setiap satu, manakala pemenang kategori Album Terbaik membawa pulang geran berjumlah RM200,000.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang AIM25:

1. Artis Baru Terbaik: Alpha, ‘Mona Lisa (Bang Bang)’

2. Vokal Lelaki Terbaik: Arddley Nicholas, ‘Sandiwara Cinta’

3. Vokal Wanita Terbaik: Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ‘Kesuma’

4. Vokal Kumpulan Terbaik: Inteam, ‘Satukan Kami Di Syurga’

5. Kugiran Terbaik: Sekumpulan Orang Gila (SOG) ft Amir Masdi, ‘Mahkota’

6. Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik: Hael Husaini & Nadeera, ‘Peluk’

7. Video Muzik Terbaik: Hafiz Rashid, ‘Temberang’ (Mimifly)

8. Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem Atau Drama: ‘Aku Bukan Narsisis’, Hazama

9. Lagu Rock Terbaik: ‘Bila Sampai Waktu’, Faizal Tahir

10. Lagu Pop Terbaik: ‘P Ramlee Saloma’, Alpha

11. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik: ‘Tanya Tuhan’, Yonnyboii & Malique

12. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik: ‘Temberang’, Mimifly

13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: ‘O.R.B.I.T’, Aisha Retno

14. Lagu Cina Tempatan Terbaik: ‘(Love Yourself)’, Yise Loo

15. Lagu India Tempatan Terbaik: ‘Kadhal War’, Buggimaan ft Sri Vithya

16. Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik: ‘Cenderamaya’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza

17. Lagu Nasyid Terbaik: ‘Fitnah Akhir Zaman’, Halim Ahmad

18. Lagu Etnik Terbaik: ‘Pelangi Pasti’, Marsha Milan

19. Lagu Perpaduan Terbaik: ‘Matahari Malaya’, Mc Syze & Noh Salleh

20. Lagu Tradisional Terbaik: ‘Pesanan Buat Diri’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza

21. Lagu Borneo Terbaik: ‘Dayang Bintang’, Mawat

22. Album Terbaik: [RE.HAB], Aisha Retno

23. Lagu Terbaik: ‘Pesanan Buat Diri’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza

24. Kulit Single/Album Terbaik: Aidil Saleh, Misompuru, Marsha Milan

25. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Mimifly, ‘Nara’

26. Lagu Perayaan Terbaik: ‘Serumpun’, Mimifly

27. Rakaman Album Terbaik: Jaydi & Seatravel, [RE.HAB], Aisha Retno

28. Rakaman Lagu Terbaik: Koh Kok Boon, ‘Gasoline’, Akim & The Majistret

29. Anugerah Dalam Talian, Lagu Paling Tinggi Distrim: ‘Seni Berdamai Dengan Takdir’, Naim Daniel & Adnin Roslan

30. Anugerah Dalam Talian, Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok: ‘Serumpun’, Mimifly

31. Anugerah Dalam Talian, Video Muzik Rasmi Malaysia Dengan Tontonan Tertinggi Di Pelantar Video Utama: ‘Meriah Lain Macam’, Hael Husaini & Nadeera

32. Anugerah Sri Wirama: Ella.

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement