Skip to main content

Filem

Minat Racing Antara Sebab Zizan Terima TERBANG, Anggap Kisah Karamjit Singh Penting Buat Malaysia - “It’s About Seorang Yang Pernah…”

Zizan racing Terbang

Sekilas

  • Zizan Razak terima tawaran filem TERBANG kerana minat mendalamnya terhadap sukan perlumbaan, yang merupakan hobi dan kegemarannya.
  • Walaupun tidak memegang watak pemandu rali, Zizan lihat filem ini penting kerana mengangkat kisah legenda sukan permotoran Malaysia, Karamjit Singh.
  • Filem TERBANG turut menampilkan pelakon lain seperti Irfan Zaini, Jack Tan, dan Diana Danielle, dan akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Pelakon dan pengacara, Zizan Razak mendedahkan minatnya yang mendalam terhadap dunia perlumbaan menjadi sebab utama dia menerima tawaran membintangi filem TERBANG.

Memegang watak sebagai Imran, Zizan berkata sukan permotoran bukan sekadar hobi, malah merupakan antara minat terbesar dalam hidupnya.

“Saya terima tawaran ni sebab yang pertama adalah racing, kerana racing ni minat saya, benda paling besar dalam hidup saya.

“Jadi semua cerita tentang racing kebanyakkan saya tonton, lagi lagi pula ada filem F1 maka lagi membara semangat saya untuk berlakon filem ini.

“Saya study pun besar juga dan racing ini salah satu sukan kesukaan saya. Memang saya pun berlumba, bila ada waktu lapang saya akan pergi berlatih sampai saya juga join pelumbaan,” katanya ketika ditemui diset penggambaran TERBANG sebelum ini

Walaupun tidak membawakan watak sebagai pemandu rali dalam filem berkenaan, namun Zizan berkata perkara itu bukan alasan untuk dia menolak naskhah tersebut.

Sebaliknya, dia melihat TERBANG sebagai sebuah filem yang mempunyai nilai besar kerana mengangkat  kisah perjalanan seorang anak Malaysia yang pernah mencipta nama di pentas dunia iaitu Karamjit Singh.

“Tapi walaupun cerita ini bukan saya yang jadi pemandu itu tetapi saya terima juga sebab pada saya cerita ini adalah cerita penting buat Malaysia.

“It’s about seorang yang pernah membawa nama malaysia ke mata dunia iaitu Karamjit Sigh,” ujarnya.

Selain Zizan, filem ini turut dibintangi Irfan Zaini,  Jack Tan, Nam Ron, Diana Danielle, Aiman Hakim, Shweta Sekhon dan Mikael Noah.

TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh yang pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas rali dunia.

TERBANG juga akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Carpet Nail Spike Backing For Driver Size 1PC Coilmat Karpet For All Universal Car Proton Honda Toyota Perodua Nissan

Carpet Nail Spike Backing For Driver Size 1PC Coilmat Karpet For All Universal Car Proton Honda Toyota Perodua Nissan

👍car scratch remover Body Compound car Scratch Repair Agent Car Scratch Repair ​Kits Auto Body Compound Care 划痕修复剂

👍car scratch remover Body Compound car Scratch Repair Agent Car Scratch Repair ​Kits Auto Body Compound Care 划痕修复剂

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

iDECO™ 1Pcs Multifunctional Car Seat Back Water Cup Holder with Hook Rear Storage Box Auto Beverage Rack

iDECO™ 1Pcs Multifunctional Car Seat Back Water Cup Holder with Hook Rear Storage Box Auto Beverage Rack

Perodua Engine Oil Filter Kenari / Kembara / Kancil / Kelisa / Myvi(old) / Viva/ Alza

Perodua Engine Oil Filter Kenari / Kembara / Kancil / Kelisa / Myvi(old) / Viva/ Alza

Petronas Syntium 3000 DM 5w30 4L Fully Synthetic Engine Oil SN 4L Minyak Hitam Enjin Kereta Car Proton Perodua Toyota

Petronas Syntium 3000 DM 5w30 4L Fully Synthetic Engine Oil SN 4L Minyak Hitam Enjin Kereta Car Proton Perodua Toyota

Must Watch Video

Advertisement