Sekilas
- Minho SHINee dedah rahsia kekal tegap dengan makan lebih 20 biji telur rebus dalam dua hari untuk cukupkan keperluan protein seperti disarankan doktor.
- Minho suka makan telur rebus dengan timun dan sos gochujang, menu popular di bandar kelahirannya, Incheon, yang dikenali sebagai egg-cho.
- Selain jaga pemakanan, Minho aktif dalam sukan dan cabaran fizikal sejak debut, termasuk trail run, pertandingan HYROX, dan berbasikal jarak jauh.
Bukan satu rashia terutama dalam kalangan peminat Minho SHINee apabial dilihat antara selebriti Korea Selatan yang cukup sinonim dengan gaya hidup aktif dan tubuh badan yang atletik atau tegap.
Selain gemar bersukan serta menyertai pelbagai pertandingan, anggota kumpulan Minho turut menjaga pengambilan makanannya.
Menerusi program realiti terkini di saluran MBC, I Live Alone, bintang berusia 34 tahun itu mendedahkan rahsia bagaimana dia mampu mengekalkan tubuh badan yang tegap.
Minho SHINee dedah telur rebus sebagai antara rahsia tubuh badan tegap
Dia yang juga terkenal sebagai pelakon memberitahu antara rahsianya adalah mengambil telur rebus sebagai antara menu wajib dalam diet hariannya.
Dalam episod berkenaan, Minho berkongsi sedikit sebanyak mengenai kehidupannya yang tinggal sendirian di sebuah apartmen.
Antaranya, sewaktu berasa lapar, dia akan mengambil beberapa biji telur dari peti sejuk sebelum merebusnya.
Menurut Minho, dia boleh makan lebih daripada 20 biji telur dalam tempoh dua hari bagi memastikan keperluan proteinnya mencukupi seperti yang disarankan doktor.
“Telur rebus memang sedap. Saya selalu makan. Biasanya saya tidak terlalu menjaga pemakanan dengan ketat, tetapi selepas menjalani ujian komposisi badan, doktor memberitahu saya kekurangan protein.”
“Jadi, sejak kebelakangan ini saya banyak makan telur. Saya makan lebih daripada 20 biji dalam masa dua hari,” jelasnya seperti dilaporkan The Chosun Daily.
Minho kongsi cara makan telur rebus gaya "egg-cho" yang popular di Incheon
Bukan sekadar makan telur rebus begitu sahaja, Minho turut berkongsi cara kegemarannya menikmati menu tersebut yang dikenali sebagai egg-cho.
Caranya cukup mudah. Telur dibelah kepada dua bahagian sebelum ditambah dengan timun dan sos gochujang. Menurutnya, kombinasi tersebut begitu popular di Incheon, iaitu bandar kelahirannya.
“Dengan kombinasi ini, saya boleh makan sehingga 10 biji telur dengan sangat cepat, seolah-olah saya menelannya sekaligus,” katanya sambil berseloroh.
Lebih menarik, menu tersebut turut membawa memori nostalgia buat Minho.
“Makanan ringan ini dijual di tempat tuisyen saya dahulu. Saya masih ingat, saya selalu menunggu kelas tamat supaya boleh makan benda ini.”
Menu Minho selepas telur rebus turut disertai ramen, kimchi dan buah pic
Selesai mendapatkan protein daripada telur, Minho meneruskan hidangannya dengan ramen dan kimchi bersama tiga biji buah pic sebagai tambahan.
Minho SHINee memang dikenali aktif dalam sukan sejak awal kerjaya
Sejak membuat debut bersama SHINee pada 2008, Minho sememangnya dikenali sebagai antara idol yang aktif dalam dunia sukan.
Namanya semakin menyerlah selepas menjadi anggota tetap program KBS2, Let's Go Dream Team 2, pada 2009. Dalam rancangan tersebut, Minho sering mencabar atlet profesional serta stuntman menerusi pelbagai permainan dan cabaran fizikal yang menguji kekuatan serta ketahanan dirinya.
Malah, sejak dua tahun kebelakangan ini, Minho semakin aktif berkongsi penglibatannya dalam trail run, pertandingan HYROX dan berbasikal jarak jauh.
Soalan lazim
Dalam program mana Minho mendedahkan rahsia dietnya?
Menerusi program realiti terkini di saluran MBC, I Live Alone, bintang berusia 34 tahun itu mendedahkan rahsia bagaimana dia mampu mengekalkan tubuh badan yang tegap.
Berapa banyak telur yang Minho kata dia makan dalam tempoh dua hari?
Menurut Minho, dia boleh makan lebih daripada 20 biji telur dalam tempoh dua hari bagi memastikan keperluan proteinnya mencukupi seperti yang disarankan doktor.
Kenapa Minho banyak makan telur sejak kebelakangan ini?
“Telur rebus memang sedap. Saya selalu makan. Biasanya saya tidak terlalu menjaga pemakanan dengan ketat, tetapi selepas menjalani ujian komposisi badan, doktor memberitahu saya kekurangan protein.”
Apakah bahan yang ditambah pada telur dalam cara makan "egg-cho" Minho?
Caranya cukup mudah. Telur dibelah kepada dua bahagian sebelum ditambah dengan timun dan sos gochujang. Menurutnya, kombinasi tersebut begitu popular di Incheon, iaitu bandar kelahirannya.
Apakah makanan lain yang diambil Minho selepas makan telur?
Selesai mendapatkan protein daripada telur, Minho meneruskan hidangannya dengan ramen dan kimchi bersama tiga biji buah pic sebagai tambahan.