Skip to main content

Hiburan

Minta Macam-Macam, Tapi Bayar Hariz Fayahet ‘Ciput’ Untuk Buat Persembahan - “Saya Terpaksa…”

Hariz Fayahet

Penyanyi Hariz Fayahet berkongsi pernah menerima bayaran hanya untuk membuat persembahan.

Menurut Hariz, dia pernah menerima tawaran serendah RM200 dan terpaksa menerimanya demi menampung kos hidup.

“Kalau sebelum saya punya pertandingan yang saya sertai dapat duit minyak ke lokasi saya okay sahaja tapi selepas PKP bila orang dah mula boleh invite rate mereka lebih rendah. Tapi sebab kita nak kena bayar komitmen kehidupan kita kita terpaksa terima.

“Saya pernah ditawar RM200, saya terima sahaja itu paling rendah yang saya pernah dapat terima pun sebab saya nak kena bayar komitmen. Mereka seharusnya fikir perjalanan saya dalam dunia seni juga namun bagi mereka exposure itu sudah cukup bagus dengan bayaran yang mereka berikan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Hariz turut menyatakan dia tidak kisah untuk bertolak ansur dengan penganjur.

Namun kadang kala ada sesetengah penganjur yang cuba mengambil kesempatan dengan meminta penyanyi membuat kerja tambahan.

“Saya kalau orang minta kepada saya secara personal saya sebenarnya tidak kisah pun untuk nego tapi ada orang bila bayar murah kadang-kadang amik kesempatan pula minta saya nyanyi lagu banyak-banyak.

“Tapi macam sekarang saya akan tengok juga skala show itu macam mana, bergantung juga,” tambahnya.

Terdahulu, penyanyi, Ariff Bahran meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dia menerima tawaran yang rendah dan tidak setimpal untuk khidmat nyanyiannya.


Dakwa Ariff atau nama lengkapnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, dia telah ditawar hanya RM1,400 untuk menyanyikan dua buah lagu.

Must-Watch Video

Advertisement