Skip to main content

Hiburan

Mira Filzah Titip Pesan Susulan Isu Kebocoran Maklumat Peribadi Khairul Aming - “Hormati Hak Privasi Masing-Masing & Know Your Boundaries”

Mira Filzah

Sekilas

  • Mira Filzah meluahkan kebimbangan terhadap isu kebocoran data peribadi yang melibatkan Khairul Aming baru-baru ini.
  • Pelakon itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi secara terbuka dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.
  • Mira juga menyeru agar semua pihak menghormati hak privasi dan mengetahui batasan supaya insiden sebegini tidak berulang.
Advertisement

Pelakon popular, Mira Filzah mengakui berasa bimbang susulan isu kebocoran data peribadi melibatkan pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming, minggu lalu.

Menurut Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, perkembangan teknologi seperti Artificial Intelligence (AI) yang semakin mendapat tempat boleh me menyebabkan setiap orang berisiko menjadi mangsa penyalahgunaan maklumat peribadi.

Advertisement

“Sudah tentu saya berasa takut lebih-lebih lagi apabila media sosial ketika ini memudahkan orang ramai untuk mengakses apa saja.

“Ditambah pula dengan teknologi AI dan beberapa lagi, sudah tentu saya berasa takut,” katanya kepada Gempak.

Ditanya sama ada pernah berdepan situasi sama, Mira meluahkan rasa syukur kerana  belum pernah mengalami insiden serius membabitkan kebocoran data peribadi.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini berharap orang ramai dapat menjadikan isu yang tular itu sebagai satu pengajaran.

“So far Alhamdulillah tak pernah dan tidaklah sebesar Khairul Aming.

“Diharapkan orang ramai boleh ambil perkara ini sebagai satu pengajaran. Don’t simply expose personal details,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mira turut menitipkan pesanan agar setiap individu untuk sentiasa menghormati hak privasi orang lain serta mengetahui batas supaya perkara seperti ini tidak lago berulang di masa akan datang.

“Hormati hak privasi masing-masing dan tahu batasan,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular satu hantaran dibuat seorang individu yang mendakwa Khairul Aming mempunyai tunggakan bil berjumlah RM498 selain mendakwa talian telefon miliknya telah disekat susulan bayaran yang tidak mencukupi.

Malah, individu sama turut mendakwa wang pendahuluan sebanyak RM2,000 yang dibayar Khairul Aming bagi menampung penggunaan beberapa bulan tidak mencukupi kerana terdapat pembelian digital tambahan melebihi RM400.

Khairu Aming kemudiannya menuntut penjelasan daripada sebuah syarikat telekomunikasi selepas mendakwa maklumat bil telefon peribadinya telah dibocorkan oleh seorang individu di media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement