Ringkasan AI
- Kumpulan Jozon diselamatkan menggunakan kuasa imuniti dan mara ke suku akhir Muzikal Lawak Superstar 5.
- Kumpulan Puteh, Lompat, Bahyim dan Genzi berada di kedudukan terendah minggu ini.
- Nanas, Kimbab dan Roda menduduki tiga teratas dengan Nanas menerima gelaran Gempak Superstar of The Week.
- MLS5 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dengan juri tetap Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah.
- Program ini disiarkan secara langsung setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima dan boleh ditonton secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Kumpulan Jozon menarik nafas lega selepas mereka diumumkan sebagai bintang terakhir yang mara ke suku akhir Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5).
Jozon yang dianggotai oleh Joey Daud, Zul Huzaimy dan Norreen Iman diselamatkan selepas juri membuat keputusan untuk menggunakan kuasa imuniti.
Selain Jozon, kumpulan Puteh, Lompat, Bahyim dan Genzi juga turut berada dikedudukan terendah.
Manakala Nanas, Kimbab dan Roda berada di kedudukan tiga teratas.
Minggu kelima ini juga menyaksikan Nanas yang dianggotai oleh Achey, Nami dan Shashic merupakan penerima Gempak Superstar of The Week.
Berikut merupakan senarai markah penuh:
1. NANAS - 80.69%
2. KIMBAB - 79.49%
3. RODA - 72.52%
4. PUTEH - 71.73%
5. LOMPAT - 64.12%
6. BAHYIM - 61.80%
7. GENZI - 53.08%
8. JOZON - 50.57%
MLS5 dihoskan oleh pengacara versatil, Datuk AC Mizal manakala Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS5 bersiaran secara langsung di Royal Theater Shah Alam, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Penonton juga boleh menyaksikan kandungan eksklusif di sebalik tabir serta sebuah perjalanan yang pastinya tidak akan dilupakan apabila setiap empayar bangkit atau tumbang di pentas MLS5 melalui On Demand di Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.