Skip to main content

Selebriti

MLS5: Persembahan Superb! Rupanya Naqiu Tak Cukup Tidur - “Saya Tak Mahu Rosakkan Reputasi Mereka”

AstroGempak_MLS5-Persembahan Superb-Rupanya Naqiu Tak Cukup Tidur

Penyanyi, Naqiu akui pada mulanya dia berasa sedikit tertekan selepas memasuki program lawak popular iaitu Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) bersama kumpulan Roda.

Menurut Naqiu, tekanan itu timbul kerana ini merupakan kali pertama menyertai MLS dan bergandingan dengan anggota kumpulan yang mempunyai latar belakang sebagai juara musim terdahulu.

Advertisement

“Saya sangat bersyukur sebab saya sangat stress dah tiga empat hari tak cukup tidur sebenarnya. Saya memikirkan saya masuk gelanggang baru dan saya bersama dengan orang yang pernah memegang gelaran juara,” katanya ketika ditemui Gempak.

Tambah Naqiu lagi, dia tidak mahu menjadi punca yang mencalarkan prestasi kumpulan itu jadi dia mengambil usaha selain menjalani latihan yang konsisten bagi memastikan persembahannya berada pada tahap terbaik.

“Saya tidak mahu merosakkan reputasi mereka, itu memberikan tekanan yang sangat besar untuk saya.

“Jadi saya teruskan lakukan latihan berulang kali dan secara sendiri. Tetapi alhamdulillah saya bersyukur dapat membuat persembahan dengan baik,” ujarnya.

Minggu pertama menyaksikan kumpulan Roda yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Naqiu menduduki tangga pertama dengan markah keseluruhan 81.86 peratus.

MLS5 dihoskan oleh pengacara versatil, Datuk AC Mizal manakala Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS5 bersiaran secara langsung di Royal Theater Shah Alam, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).

Penonton juga boleh menyaksikan kandungan eksklusif di sebalik tabir serta sebuah perjalanan yang pastinya tidak akan dilupakan apabila setiap empayar bangkit atau tumbang di pentas MLS5 melalui On Demand di Astro GO dan sooka. 

Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. 

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. 

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement