Minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) menyaksikan kumpulan Saiko tersingkir.
Saiko yang dianggotai oleh Ammar, Azhar Jalil dan pelakon, Aishah Azman terpaksa akur dengan keputusan itu.
Advertisement
Bagaimanapun Ammar berkata, mereka tetap berasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk berada di pentas besar seperti itu.
“Alhamdulillah dapat dan diberi peluang untuk berada di pentas ini, tak semua orang boleh merasakan pengalaman ini.
“Terima kasih atas segala doa dan sokongan. Segala yang buruk kami akan perbaiki, segala yang best kita akan terus kekalkan insya-Allah pada masa akan datang,” ujarnya.
Selain Saiko, kumpulan Genzi, Puteh, Fiona dan Bahyim juga turut berada dikedudukan terendah.
Manakala Roda, Nanas, Kimbab, Jozon dan Lompat juga mara ke minggu keempat.
Minggu ketiga ini juga menyaksikan Jozon yang dianggotai oleh Joey Daud, Norreen Iman dan Zul Huzaimy merupakan penerima Gempak Superstar of The Week.
MLS5 dihoskan oleh pengacara versatil, Datuk AC Mizal manakala Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS5 bersiaran secara langsung di Royal Theater Shah Alam, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Penonton juga boleh menyaksikan kandungan eksklusif di sebalik tabir serta sebuah perjalanan yang pastinya tidak akan dilupakan apabila setiap empayar bangkit atau tumbang di pentas MLS5 melalui On Demand di Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.