Skip to main content

Rancangan TV

MLS5 : Tak Ambil Hati Tersingkir, Aishah Azman Terima Dengan Hati Terbuka - “We Deserve That…”

MLS5 : Tak Ambil Hati Tersingkir, Aishah Azman Terima Dengan Hati Terbuka

Anggota kumpulan Saiko, Aishah Azman mengakui terdapat beberapa kelemahan dalam persembahan mereka yang menjadi antara faktor tersingkir pada minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5).

Menurut Aishah, walaupun kecewa dengan keputusan itu, namun dia menerimanya dengan hati yang terbuka kerana menyedari bahawa persaingan di pentas MLS5 amat sengit.

Advertisement

“Apa yang terjadi malam itu saya tak nafikan memang ada banyak kelemahan yang kami buat, we deserve that.

“Saya juga tidak menafikan yang kumpulan lain sangat hebat. Jadi ini semua takdir, siapalah kita untuk menukar takdir itu.

“Tetapi kalau diberi peluang untuk melawak lagi dalam industri, saya tidak akan pernah give up. Saya akan buat lagi dan usaha dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, Aishah turut menyifatkan penyertaannya dalam MLS5 bersama dua rakan sepasukan iaitu Ammar dan Azhar sebagai satu pengalaman berharga yang banyak mengajarnya tentang dunia lawak.

“Saya sebagai seorang yang sangat junior untuk industri lawak ini bagi saya ini adalah satu pencapaian yang masya-Allah…

“Dan bila saya dapat kekal hingga minggu ketiga itu pun orang kata a big achievement untuk saya dan satu permulaan yang baik juga.

“Untuk Ammar dan Azhar mereka dah buat yang terbaik. Banyak membantu saya, terima kasih. Kami sudah macam keluarga, susah senang kita sama-sama,” ujarnya.

Sementara itu, Azhar turut menzahirkan penghargaan kepada Aishah atas kesungguhan dan komitmennya sepanjang pertandingan.

“Saya memang mengharapkan ramai orang melihat bakat Aishah Azman dalam dunia komedi ini dan semoga dia terbang tinggi selain sering dilihat di kaca televisyen untuk racangan komedi,” ucapnya.

Selain Saiko, kumpulan Genzi, Puteh, Fiona dan Bahyim juga turut berada dikedudukan terendah.

Manakala Roda, Nanas, Kimbab, Jozon dan Lompat juga mara ke minggu keempat.

Minggu ketiga ini juga menyaksikan Jozon yang dianggotai oleh Joey Daud, Norreen Iman dan Zul Huzaimy merupakan penerima Gempak Superstar of The Week.

MLS5 dihoskan oleh pengacara versatil, Datuk AC Mizal manakala Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS5 bersiaran secara langsung di Royal Theater Shah Alam, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).

Penonton juga boleh menyaksikan kandungan eksklusif di sebalik tabir serta sebuah perjalanan yang pastinya tidak akan dilupakan apabila setiap empayar bangkit atau tumbang di pentas MLS5 melalui On Demand di Astro GO dan sooka. 

Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. 

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement