Skip to main content

Rancangan Realiti

MLS5: Usikan ‘YB Syed Saddiq’ Tak Pengaruhi Markah, Bella Astillah Kata Penilaian Tetap Ikut Prestasi -  "Topik Tak Penting Yang Penting Kelakar"

uyghg

Sekilas

  • Juri tetap MLS5, Bella Astillah, tidak terganggu dengan usikan peserta dan menegaskan fokus utama adalah pada kelucuan persembahan.
  • Usikan lebih banyak ditujukan kepada YB Syed Saddiq, dan semua markah diberikan secara adil berdasarkan persembahan peserta.
  • Kumpulan Nanas diumumkan juara MLS5, diikuti Roda, Kimbab, dan Puteh sebagai tempat kedua hingga keempat.

Juri tetap Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5), Bella Astillah, mengakui tidak terganggu dengan usikan yang diberikan para peserta terhadap dirinya sepanjang program itu berlangsung. 

Menurut Bella, apa sahaja gurauan yang dilemparkan tidak terlalu penting asalkan persembahan yang disampaikan lucu.

Malah, mengakui lebih banyak usikan sebenarnya ditujukan kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq, berbanding dirinya.

“Mereka lagi banyak usik YB Syed Saddiq… apa sahaja bahan atau topik yang diusik itu tak penting, yang penting kelakar.

“Bella terhibur dengan apa sahaja yang semua kumpulan sampaikan malam ini… pemilihan juara pun agak susah sebab saingan sangat sengit.

“Kalau nak kacau Bella tu ada juga kacau juri lain. Itu tidaklah mengganggu pemarkahan. Apa yang penting, kumpulan yang beri persembahan terbaik dan kelakar akan mendapat markah sewajarnya,” ujarnya. 

Tambah Bella, ‘usikan’ yang dilakukan para peserta terhadap juri juga langsung tidak menjejaskan pemarkahan sepanjang malam final berlangsung kerana semua penilaian dibuat secara adil mengikut persembahan peserta pada malam final.

“Semua markah yang diberikan adalah kata sepakat juri, dan seperti Pak Nil cakap tadi, ada juga undian daripada peminat,” jelasnya.

Turut mengulas isu peserta ‘mengacau’ juri, juri tetap, Zizan Razak, berkata semua gurauan yang dilemparkan tidak melampaui batas.

“Isu kacau-kacau pada saya tak ada masalah. Saya dah lihat kematangan pelawak yang ke final ni. Apa yang mereka kacau tu bukan memalukan, bukan menjatuhkan, sekadar hiburan.

“Tidak ada unsur body shaming atau apa-apa. Pada saya, saya lulus. Saya lihat benda tu tidak memalukan mereka pun.

“Kalau benda tu menyinggung, itu memang tak okey. Tapi dalam final ni, semua empat-empat peserta layak jadi juara,” katanya.

MLS5 melabuhkan tirai dengan kumpulan Nanas muncul juara, diikuti Roda di tempat kedua, Kimbab (ketiga) dan Puteh (keempat).

Must-Watch Video

Advertisement