Sekilas
- Nur Sajat akhirnya berpeluang bertemu ibunya selepas lima tahun berjauhan.
- Selebriti Singapura, Roslan Shah atau Cik Lan, berkongsi momen sebak pertemuan itu di Instagram.
- Cik Lan menjemput ibu Sajat dari Johor dan membawanya ke Singapura untuk bertemu dengan Sajat.
Setelah beberapa tahun, akhirnya pempengaruh dan usahawan Nur Sajat Kamaruz Zaman akhirnya berpeluang melepaskan rindu terhadap ibunya apabila dua anak beranak itu berjumpa selepas lima tahun berjauhan.
Momen sebak itu dikongsikan selebriti Singapura, Roslan Shah atau lebih mesra disapa Cik Lan menerusi Instagram.
Menurut Cik Lan, dia sendiri menjemput ibu kepada Sajat di Johor sebelum membawanya untuk bertemu dengan rakan baiknya itu yang kini berada di Singapura.
“Sebak Cik Lam tadi apabila seorang ibu memeluk seorang anak dah lama tak bertemu dengan Sajat.
“Cik Lan tadi menjemput ibunya di Larkin, Johor sampai dari Rembau jam 4 pagi bersama pembantu dan terus masuk ke Singapura.
“Kita doakan yang baik baik saja
ya,” kongsinya.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai dan mengundang sebak dalam kalangan ramai.
Untuk rekod, sudah lima tahun Nur Sajat berjauhan serta tidak tinggal bersama keluarganya dan kini menetap di luar negara.
Sumber: Instagram