Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Momen Dalam Hospital Sangat Down…” - Hannah Delisha Imbas Saat Dapat Tahu Jantung Bayi Sudah Terhenti

ASTROGEMPAK Hannah Delisha

Sekilas

  • Pelakon dan penyanyi Hannah Delisha mengalami keguguran pada minggu ke-12 kehamilan pada Mac 2024.
  • Dia hanya mengetahui kehamilannya pada usia lapan minggu sebelum disahkan jantung bayi sudah berhenti ketika pemeriksaan minggu ke-12.
  • Suaminya, Imam Shah, turut terkesan dengan berita tersebut walaupun cuba kelihatan tabah di hadapannya.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha mengakui pengalaman mengalami keguguran cahaya mata pertama pada Mac 2024 antara detik paling sukar yang pernah dilaluinya.

 

Advertisement

Hannah, 30, berkata, dia hanya mengetahui dirinya hamil ketika usia kandungan memasuki lapan minggu sebelum disahkan keguguran pada minggu ke-12.

 

“Saya dapat tahu yang saya sedang hamil apabila usia kandungan memasuki lapan minggu. Tetapi minggu ke-12 kehamilan saya keguguran.

Advertisement

 

“Minggu ke-12 saya dapat tahu jantung bayi sudah berhenti. Itu juga pertama kali saya masuk hospital yang lama dan melalui pembedahan. 

 

“Momen dalam hospital sangat ‘down’ dan itu adalah peristiwa yang sangat mengejutkan. Saya dapat tahu yang jantung bayi sudah tiada adalah ketika pertama kali mahu dengar jantung bayi. 

 

“Kerana minggu ke-12 biasanya sudah boleh dengar. Saya sangat teruja pada awalnya mahu dengar degupan jantung bayi, rupanya sudah tiada. 

 

“Ketika kejadian itu, doktor yang memeriksa saya, muka dia tiba-tiba berubah,” kongsinya ketika menjadi tetamu dalam podcast Sembang Seram yang dihoskan oleh Safwan Nazri.

 

Tambah pelantun lagu Esok Masih Ada itu, suaminya yang juga aktor, Imam Shah turut terkesan dengan berita tersebut walaupun cuba kelihatan tabah di hadapannya.

 

“Doktor itu kemudian memanggil seorang jururawat untuk mengesahkan perkara tersebut. Doktor cakap, ‘Hannah dan Imam kami minta maaf, jantung bayi sudah terhenti’

 

“Imam sangat ‘down’ sangat ketika itu. Saya nampak dia terpaksa jadi kuat menghadapi situasi tersebut. Dia nampak sangat sedih cuma tidak tunjuk,” katanya. 

 

Untuk rekod, Hannah dan Imam Shah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2021.

 

Pada Mac 2024, Hannah memaklumkan dia mengalami keguguran ketika kandungannya berusia 12 minggu.

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

Must Watch Video

Advertisement