Skip to main content

Hiburan

Momen Epik! Persembahan Sheila Majid & Empat Legenda Muzik Menyanyikan Lagu ‘Sinaran’ Bikin Netizen Terpukau

Momen Epik! Persembahan Sheila Majid & Empat Legenda Muzik Menyanyikan Lagu ‘Sinaran’ Bikin Netizen Terpukau

Sekilas

  • Lima legenda muzik tanah air iaitu Datuk Seri Sheila Majid, Datuk M. Nasir, Datuk Zainal Abidin, Ella dan Ning Baizura bergabung di satu pentas dalam satu persembahan istimewa.
  • Mereka menyampaikan lagu ikonik Sheila Majid, Sinaran, semasa Royal Charity Gala Dinner sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor.
  • Video persembahan tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai peminat muzik tanah air.
Advertisement

Tular di media sosial satu video memaparkan momen epik memaparkan lima legenda muzik tanah air iaitu Datuk Seri Sheila Majid, Datuk M. Nasir, Datuk Zainal Abidin, Ella dan Ning Baizura yang bergabung di atas satu pentas.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram itu, kelima-lima penyanyi hebat itu dilihat berkongsi pentas menyampaikan lagu ikonik nyanyian asal Sheila Majid yang berjudul Sinaran sehingga mencuri perhatian ramai.

Advertisement

Difahamkan, persembahan istimewa tersebut berlangsung pada Royal Charity Gala Dinner bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, pada Jumaat.

Menerusi ruangan kapsyen, pemilik akaun berkenaan menyifatkan nyanyian kelima-lima penyanyi itu persembahan istimewa daripada pemuzik-pemuzik hebat yang menghimpunkan nama-nama besar industri muzik tanah air.

“Sinaran versi Malaysia’s Living Legends.

Advertisement

“Lagenda muzik tanah air Datuk Seri Sheila Majid, Datuk M. Nasir, Datuk Zainal Abidin, Ella & Ning Baizura di satu pentas semalam di Royal Charity Gala Dinner bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor,” tulisnya.

Video tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai yang rata-ratanya teruja melihat persembahan kelima-lima artis hebat tanah air itu.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement