Sekilas
- Shila Amzah berkongsi video lucu bersama suami, Ubai MZ, dan dua anak mereka, Seth Uwais dan Rhea Akira, yang menarik perhatian ramai.
- Dalam video itu, Ubai bermain baling bantal dengan anak-anak, yang turut dikatakan memberi manfaat untuk perkembangan kanak-kanak, terutama yang ada autisme.
- Seth Uwais adalah anak Shila dari perkahwinan terdahulu, manakala Rhea Akira adalah anak hasil perkahwinan Shila dan Ubai pada 2023.
Perkongsian penyanyi, Shila Amzah yang memuat naik video memaparkan gelagatnya dan suami, Ubai MZ ketika meluangkan masa bersama dua cahaya mata mereka telah menyorot perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat Shila yang sedang duduk di atas lantai sambil melakukan lyp sinc lagu I’m With You nyanyian asal Avril Lavigne telah disakat oleh Ubai yang ketika itu sedang bermain bersama dua anak mereka iaitu Seth Uwais dan Rhea Akira.
Menerusi kapsyen, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah secara berseloroh mengatakan bahawa begitulah keadaan yang perlu dihadapinya setiap kali menjaga anak-anak serta anak mentua (suami).
“Jaga anak-anak dengan anak mentua memang macam ni,” kongsinya.
Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian seorang netizen yang tampil memuji cara layan Ubai terhadap dua anaknya itu.
Menurut individu tersebut, aktiviti bermain baling bantal yang dilakukan dalam video tersebut sebenarnya boleh memberi manfaat kepada perkembangan kanak-kanak.
“Nampak biasa kan? Tapi untuk perkembangan anak-anak yang ada autisme, main baling-baling bantal ni pun boleh jadi terapi.
“Terima kasih bagi idea dekat saya,” tulisnya.
Untuk rekod, Seth Uwais merupakan anak hasil perkahwinan Shila dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias.
Selepas berpisah pada tahun 2022, Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei 2024.
Sumber: Threads