Skip to main content

Hiburan

MonoloQue Beri Nafas Baharu Lagu Pujaan Hatiku, Pertaruh Nuansa Gelap Dan Minimalis

Astro Gempak 391

Sekilas

  • MonoloQue mengumumkan pelancaran semula lagu Pujaan Hatiku sebagai single terbaru dengan susunan muzik minimalis dan elemen gothic romantik era 80-an.
  • Lagu asalnya pernah menjadi runut bunyi filem Kami Histeria pada 2013 dan kini dihidupkan kembali dengan iringan gitar akustik, piano, dan synthesizer.
  • Lirik Pujaan Hatiku mengekalkan kekuatan metafora yang terbuka kepada pelbagai tafsiran, menjadikan lagu ini relevan dan segar untuk pendengar masa kini.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, MonoloQue kembali mencuri perhatian apabila mengumumkan pelancaran semula lagu Pujaan Hatiku sebagai single terbaharu.

Menariknya, lagu tersebut bukan karya baharu sebaliknya pernah menjadi runut bunyi filem Kami Histeria arahan Shamyl Othman sekitar tahun 2013 yang sebelum ini didendangkan kumpulan Histeria.

Advertisement

Ditulis dan diterbitkan sendiri oleh MonoloQue atau LoQue, lagu tersebut disimpan sekian lama sebelum dihidupkan kembali dalam versi baharu yang lebih segar.

Kali ini, Pujaan Hatiku tampil dengan susunan muzik yang berbeza apabila menggunakan pendekatan minimalis tanpa elemen dram.

Sebaliknya, lagu tersebut hanya diiringi petikan gitar akustik, piano dan synthesizer sekali gus memberikan suasana lebih ‘telanjang’ dan mendalam.

Pendekatan tersebut bukan sekadar pilihan estetik, malah menjadi satu pernyataan artistik bagi membiarkan lagu itu bernafas dalam keheningan yang lebih tulen.

Hasilnya, karya berkenaan menampilkan nuansa gelap dan suram dengan sentuhan elemen gothic romantik era 80-an yang memberi aura tersendiri.

Dari segi lirik, Pujaan Hatiku turut mengekalkan kekuatan metafora yang terbuka kepada pelbagai tafsiran pendengar.

Liriknya yang bersifat kiasan membolehkan lagu tersebut difahami dalam pelbagai sudut, sama ada secara tersurat mahupun tersirat bergantung kepada pengalaman individu.

Pendekatan penulisan itu juga mengingatkan kepada karya ikonik Mati Hidup Kembali nyanyian Butterfingers yang sarat dengan makna tersirat.

Melalui versi terbaharu ini, MonoloQue membawa Pujaan Hatiku dalam acuan muzik rakyat yang lebih epik dari segi rasa, namun sederhana dari sudut bunyi.

Karya tersebut dilihat sebagai satu entiti baharu yang berdiri sendiri tanpa menenggelamkan versi asalnya.

Sekali gus membuktikan bahawa sesebuah lagu yang baik tidak pernah lapuk, sebaliknya sentiasa mampu diberi nafas baharu mengikut zaman.

 

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Must Watch Video

Advertisement