Sekilas
- Orkestra Filharmonik Malaysia akan mengadakan konsert 'A Tribute to Sharifah Aini' pada 6 Jun 2026 di Dewan Filharmonik PETRONAS sebagai penghormatan kepada legasi biduanita negara.
- Konsert ini menampilkan vokalis veteran seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, serta penyanyi muda Asmidar dan Shiha Zikir yang membawakan lagu-lagu hits dan medley khas Sharifah Aini.
- Gubahan muzik khas oleh beberapa komposer terkenal akan mempersembahkan karya Sharifah Aini dalam interpretasi baru, dengan tiket dijual pada harga RM249 hingga RM499.
Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) mengambil inisiatif mengangkat warisan seni dan muzik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini menerusi konsert ‘A Tribute to Sharifah Aini’ yang dijadualkan berlangsung pada Jun depan.
Walaupun telah kembali ke rahmatullah sejak tahun 20l4, keunggulan vokal dan kerjayanya yang luar biasa masih menjadi bualan ramai yang rata-raa mengagumi suara merdu biduanita negara tersebut.
Digelar 'anak emas EMI', jualan album Allahyarham juga mencapai tahap Emas dan Platinum, menjadikan dirinya antara artis rakaman paling laris sepanjang zaman.
Sepanjang kerjaya, Sharifah Aini telah merakamkan kira-kira 700 buah lagu dan melahirkan lebih daripada 100 album termasuk kompilasi, runut bunyi, kolaborasi dan album Inggeris.
Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini dirancang dengan teliti bagi mencerminkan setiap sisi seni dirinya, bermula dari genre pop, balada, tradisional hinggalah lagu filem dan Inggeris.
Pilihan karya ini merangkumkan diskografi beliau yang luas dan bakal menjadikan ia sebuah konsert yang membangkitkan nostalgia dan kekuatan muzik seorany anak seni yang tiada batas.
Konsert ini bakal menampilkan penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim dan Salamiah Hassan.
Khadijah akan mengalunkan lagu ‘Hapuslah Airmatamu’, ‘Kudaku Lari’ dan medley ‘Kau Tinggi Di Awan Biru/Terbang Helang/Rindu’.
Manakala Salamiah pula akan membawa penonton mengimbau kenangan melalui lagu ‘Kenang Daku Dalam Doamu’, ‘Tiada Maaf Bagimu’ dan medley Inggeris ‘Forever And Ever/l Have A Dream/Will You Still Love Me Tomorrow’.
Selain itu, penyanyi muda berbakat besar, Asmidar pula akan membawakan lagu hit pertama Sharifah Aini iaitu ‘Seri Dewi Malam’, medley tradisional ‘Di Pinggir Kayangan/Sayang Musalmah/Gunung Banang’ dan medley pop, ‘Oh Di Mana/Surat Dari Seberang/Yang Ditunggu Tak Tiba’.
Sementara itu, penyanyi popular, Shiha Zikir akan memberi penghormatan kepada mentornya melalui lagu ‘Mawar Putih Untuk Mama’ dan ‘Bunga Tanjung’ yang pernah digelar sebagai ‘lagu yang sukar tapi mampu dibawakan dengan penuh sensitiviti dan keyakinan oleh Sharifah Aini’ oleh majalah Asean Review pada tahun 1977.
Kesemua lagu diberi gubahan khas untuk MPO oleh sentuhan emas Azhad Sulaiman, Shahhakam Mokhtar, Jenny Chin, Ilham Subri, Lugman Aziz dan Ahmad Muriz sendiri, membolehkan penonton menikmati legasi ini dalam interpretasi yang belum pernah didengari sebelum ini.
Maklumat konsert:
Tarikh: Sabtu, 6 Jun 2026, jam 8.00 malam
Tempat: Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS
Orkestra: Orkestra Filharmonik Malaysia
Konduktor: Ahmad Muriz Che Rose
Vokalis: Datuk Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, Asmidar, Shiha Zikir
Maklumat Tiket:
RM399, RM349, RM299, RM249, Suite (RM449/RM499 seorang).
Tempahan Telefon: 03-23317007
Tempahan Email: [email protected]
Laman Web MPO: www.mpo.com.my