Skip to main content

Hollywood

M*ti Tanpa Tinggal Wasiat, Anak Jadi Waris Tunggal Harta Liam Payne

ASTRO GEMPAK liam

Sekilas

  • Liam Payne meninggal dunia pada Oktober tahun lalu tanpa meninggalkan wasiat, menyebabkan asetnya bernilai kira-kira RM136 juta diwarisi oleh anak tunggalnya, Bear.
  • Harta tersebut kini diuruskan oleh Cheryl dan peguamnya sebagai pentadbir, dengan sebahagian dana disimpan dalam amanah sehingga Bear berusia 18 tahun.
  • Nilai kasar harta Liam di UK dianggarkan RM178 juta, dan menurut undang-undang, anak adalah waris terdekat jika tiada pasangan sah.
Advertisement

Kematian mengejut Liam Payne pada 16 Oktober tahun lalu menyaksikan penyanyi tersebut tidak pernah meninggalkan wasiat terhadap aset atau harta yang dimilikinya.

Kini selepas setengah tahun insiden tersebut berlaku,  harta dan aset milik mediang akan diberikan kepada anak tunggal bersama penyanyi Cheryl, Bear.

Advertisement

Bear yang kini baru berusia 9 tahun dilaporkan bakal mewarisi harta peninggalan bintang One Direction itu yang bernilai kira-kira AS$29 juta (RM136 juta).

Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh People, sebahagian daripada harta tersebut boleh digunakan pada masa ini, namun majoritinya akan disimpan dalam dana amanah sehingga Bear mencapai usia 18 tahun.

Terdahulu, Liam meninggal dunia pada usia 31 tahun pada Oktober tahun lalu selepas terjatuh dari balkoni sebuah hotel.

Pada Mei lalu, Cheryl bersama peguam Richard Mark Bray telah dilantik sebagai pentadbir harta pusaka Payne untuk menguruskan aset yang ditinggalkan.

Dokumen mahkamah yang dikeluarkan pada 1 Mei menunjukkan nilai kasar harta bintang itu di United Kingdom dianggarkan mencecah AS$38 juta (RM178 juta), manakala nilai bersihnya sekitar AS$32.2 juta (RM151 juta).

Menurut undang-undang United Kingdom, sekiranya seseorang meninggal dunia tanpa wasiat, harta pusaka biasanya akan diwarisi oleh pasangan yang sah. Namun jika tidak mempunyai pasangan, waris terdekat termasuk anak-anak berhak menerima harta berkenaan.

Laporan BBC turut menyebut Cheryl dan Bray hanya bertanggungjawab menguruskan aset tersebut buat masa ini dan masih belum mempunyai kuasa penuh untuk mengagihkan harta berkenaan.

Untuk rekod, Payne dan Cheryl menyambut kelahiran Bear pada 22 Mac 2017 sebelum mengumumkan berita gembira itu menerusi Instagram beberapa hari kemudian.

Ketika itu, Payne meluahkan rasa syukur bergelar bapa dan menyifatkan kelahiran Bear sebagai antara detik paling bermakna dalam hidupnya.

Dalam beberapa wawancara sebelum ini, Liam turut mengakui menjadi bapa pada usia muda bukan sesuatu yang mudah, namun pengalaman membesarkan anak banyak mengajarnya tentang tanggungjawab dan kehidupan.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement