Skip to main content

Selebriti

Mualim Muda 2: Aizuddin Kekal Tangga Pertama, Qamarul, Yusuf & Aidil Selamat Dari Tersingkir

Mualim Muda 2: Aizuddin Kekal Tangga Pertama, Qamarul, Yusuf & Aidil Selamat Dari Tersingkir

Sekilas

  • Minggu kedua Mualim Muda 2 berakhir tanpa penyingkiran, dengan Aizuddin kekal di tangga pertama dan menerima Anugerah Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan untuk dua minggu berturut-turut.
  • Tema minggu ini ialah ‘Pesan Nabi’ di mana peserta membentangkan kefahaman hadis secara berpasangan dengan elemen muzikal dalam pementasan tazkirah mereka.
  • Program ini disiarkan di Astro Oasis dan Astro Prima serta boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka, dengan Atu Zero dan Fakhrul UNIC sebagai hos dan Ustaz Shahrizan Daud sebagai Mursyid.
Advertisement

Pentas minggu kedua Mualim Muda 2 berakhir dengan menyaksikan sekali lagi tiada penyingkiran diumumkan.

Malah, Mualim Muda Aizuddin juga berjaya membuktikan kehebatannya sekali lagi apabila berjaya mengekalkan kedudukan ditangga pertama selepas namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan bagi dua minggu berturut-turut.

Advertisement

Bagaimanapun, nasib sedikit kurang baik buat tiga Mualim Muda iaitu Qamarul, Yusuf dan Aidil apabila mereka berada dikedudukan tiga terendah.

Namun ketiga-tiganya menarik nafas lega apabila mereka dapat kembali meneruskan perjuangan kerana tiada penyingkiran diumumkan.

Sementara itu, Mustaqim juga diumumkan sebagai penerima Mualim Muda Tergempak hasil undian di minggu pertama.

Advertisement

Dengan mengangkat tema minggu ini iaitu ‘Pesan Nabi’, para peserta secara berpasangan telah membentangkan kefahaman terhadap hadis mengikut tajuk yang ditetapkan serta mengupas pengajaran dan hikmahnya dalam konteks kehidupan masa kini.

Keunikan minggu kedua adalah peserta akan membuat tugasan yang dipilih secara undiandan pementasan tazkirah mereka disuntik elemen muzikal.

Kesemua peserta minggu kedua ini diadili oleh juri tetap iaitu Dr Kamilin Jamilin dan Ustazah Asni Mansor manakala Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Izhar Ariff pula hadir sebagai juri jemputan menggantikan Datuk Ustaz Kazim Elias.

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud kembali sebagai Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Musim ini juga turut menampilkan Atu Zero digandingkan bersama dengan penyanyi nasyid Fakhrul UNIC untuk mengemudi pentas sebagai hos program. 

Program Mualim Muda bersiaran secara serentak di Astro Oasis (saluran 106) dan juga Astro Prima (saluran 105) bermula 31 Oktober 2026, Sabtu, juga boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement