Skip to main content

Selebriti

Mualim Muda 2: Aizuddin Pesan Jangan Cepat Sentap Bila Ditegur, Anggap Kritikan Perbaiki Diri - “Kalau Ada Buat Salah…”

Mualim Muda 2: Aizuddin Pesan Jangan Cepat Sentap Bila Ditegur, Anggap Kritikan Perbaiki Diri - “Kalau Ada Buat Salah…”

Sekilas

  • Aizuddin menegaskan pentingnya sikap terbuka menerima kritikan sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan bukan sesuatu yang perlu dipandang negatif.
  • Aizuddin mengingatkan agar tidak mudah tersinggung dengan teguran dan menekankan kesedaran diri lebih penting daripada label generasi.
  • Program Mualim Muda musim baru menampilkan juri dan hos baharu serta disiarkan setiap Sabtu di Astro Oasis dan Astro Prima, juga boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Advertisement

Mualim Muda, Aizuddin berpendapat sikap terbuka dalam menerima kritikan dan teguran merupakan perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap individu.

Menurut Aizuddin, seseorang tidak seharusnya terlalu mudah tersinggung atau menolak teguran hanya kerana sukar menerima hakikat bahawa mereka mempunyai kelemahan.

Advertisement

Katanya, kritikan sepatutnya dilihat sebagai peluang untuk memperbaiki diri, bukannya sesuatu yang perlu dipandang negatif.

“Saya rasa yang lebih penting adalah bagaimana cara untuk kita menerima kritikan sebab kadang-kadang orang melihat kepada kelemahan menyebabkan kita rasa susah nak terima orang kritik.

“Kadang-kadaang orang tegur teruslah dia sentap, terus tak nak dengar apa yang orang cakap,” katanya ketika ditemui Gempak.

Advertisement

Dalam pada itu, ditanya mengenai pandangan penggunaan label generasi tertentu seperti ‘Gen Strawberry’ yang sering menjadi perbualan, Aizuddin berpendapat perkara tersebut bukanlah isu utama yang perlu diberikan perhatian.

Sebaliknya, setiap individu perlu mempunyai kesedaran terhadap kekurangan diri dan bersedia untuk menerima pandangan orang lain demi perubahan ke arah lebih baik.

Tambah Aizuddin lagi, teguran yang diberikan tidak semestinya bertujuan untuk menjatuhkan seseorang, sebaliknya boleh menjadi ruang untuk mengenal pasti kesilapan yang mungkin tidak disedari sebelum ini.

“Jadi pada pandangan saya apa yang penting adalah, tak kiralah ‘gen strawberry’ ke, ‘gen mango’ ke, panggilah gen apa sekali pun tapi dalam keadaan kita kena ada kesedaran.

“Kalau kita ada buat salah maka berterima kasihlah kepada orang yang sudi untuk menegur segala kekurangan kita,” jelasnya.


 

Terdahulu, penggunaan istilah ‘Gen Strawberry’ (Generasi Strawberi) kini sering digunakan untuk menggambarkan generasi muda yang dianggap lebih lemah dari segi mental dan emosi berbanding generasi terdahulu.

Bagaimanapun, perkata itu tidak semestinya tepat kerana generasi muda hari ini juga berdepan cabaran tersendiri seperti tekanan media sosial, persaingan kerjaya dan tuntutan kehidupan.

Mualim Muda 2 membawa kembali pendakwah bebas Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan musim ini menampilkan wajah baharu, Ustazah Asni Masnor sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud kembali sebagai Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Musim ini juga turut menampilkan Atu Zero digandingkan bersama dengan penyanyi nasyid Fakhrul UNIC untuk mengemudi pentas sebagai hos program. 

Program Mualim Muda bersiaran secara serentak di Astro Oasis (saluran 106) dan juga Astro Prima (saluran 105) setiap Sabtu, jam 9 malam.

Mualim Muda juga boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Must Watch Video

Advertisement