Skip to main content

Selebriti

Mualim Muda 2: Aizuddin Syukur Kekal Tempat Pertama Dua Minggu Berturut - “Agak Kurang Puas Hati Dengan Persembahan Sendiri…”

Mualim Muda 2: Aizuddin Syukur Kekal Tempat Pertama Dua Minggu Berturut - “Agak Kurang Puas Hati Dengan Persembahan Sendiri…”

Sekilas

  • Aizuddin dari Mualim Muda 2 kekal di tangga pertama walaupun dia sendiri rasa persembahannya kurang memuaskan.
  • Program ini mengajar Aizuddin bahawa menjadi pendakwah bukan sekadar menghafal ilmu, tetapi penting untuk menyampaikan dengan cara yang difahami masyarakat.
  • Minggu kedua bertemakan ‘Pesan Nabi’ dengan peserta membuat tazkirah berunsur muzikal dan tiada penyingkiran berlaku.
Advertisement

Peserta Mualim Muda 2, Aizuddin mengakui agak kurang berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan di minggu kedua meskipun berjaya mengekalkan kedudukan di tangga pertama program berkenaan.

Menurut Aizuddin, dia sendiri menyedari tahap kemampuan dan kekurangan yang masih perlu diperbaiki, namun tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Advertisement

“Kalau nak ikutkan saya sebenarnya tak puas hati dengan persembahan saya sebab kita sendiri tahu macam mana tahap kita.

“Tapi alhamdulillah, saya bersyukur dan semuanya rezeki daripada Allah,” katanya ketika ditemui Gempak sejurus tamat program tersebut.



Berkongsi pengalaman menyertai Mualim Muda 2, Aizuddin berkata program itu turut memberi pengajaran kepadanya mengenai tanggungjawab sebenar seorang pendakwah dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

“Apa yang saya boleh sampaikan di sini, untuk menjadi seorang pendakwah, kita bukan hanya sekadar menghafal ilmu atau skrip.

Advertisement

“Sebaliknya, perkara yang lebih penting adalah bagaimana cara kita memahamkan orang lain apabila mereka mendengar ilmu yang disampaikan.

“Itu yang lebih penting. Mudah-mudahan kami semua peserta Mualim Muda 2 dapat belajar bersama-sama, insya-Allah.” ujarnya.

Pentas Mualim Muda 2 berakhir dengan menyaksikan tiada penyingkiran di minggu kedua.

Malah, Mualim Muda Aizuddin juga telah membuktikan kehebatannya sekali lagi apabila berjaya mengekalkan kedudukan ditangga pertama selepas namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan bagi dua minggu berturut-turut.



Aizuddin berada dikedudukan pertama dengan peratusan markah sebanyak 90 peratus.

Bagaimanapun, nasib sedikit kurang baik buat tiga Mualim Muda iaitu Qamarul, Yusuf dan Aidil apabila mereka berada dikedudukan tiga terendah.

Dengan mengangkat tema minggu ini iaitu ‘Pesan Nabi’, para peserta secara berpasangan telah membentangkan kefahaman terhadap hadis mengikut tajuk yang ditetapkan serta mengupas pengajaran dan hikmahnya dalam konteks kehidupan masa kini.

Keunikan minggu kedua adalah peserta akan membuat tugasan yang dipilih secara undiandan pementasan tazkirah mereka disuntik elemen muzikal.

Kesemua peserta minggu kedua ini diadili oleh juri tetap iaitu Dr Kamilin Jamilin dan Ustazah Asni Mansor manakala Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Izhar Ariff pula hadir sebagai juri jemputan menggantikan Datuk Ustaz Kazim Elias.

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud kembali sebagai Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Musim ini juga turut menampilkan Atu Zero digandingkan bersama dengan penyanyi nasyid Fakhrul UNIC untuk mengemudi pentas sebagai hos program. 

Program Mualim Muda bersiaran secara serentak di Astro Oasis (saluran 106) dan juga Astro Prima (saluran 105) bermula 31 Oktober 2026, Sabtu, juga boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Must Watch Video

Advertisement